Pasukan Divisyen 1 Gilliham melakukan kejutan terbesar dalam pusingan ke-3 Piala FA inggeris apabila menumpaskan Cardiff City yang bermain di Liga Perdana, sementara pasukan dari Liga Kejuaraan mengenepikan pasukan bawahan Liga Perdana Huddesfield Town.
Juara musim lepas Chelsea, juara 13 kali Arsenal dan Manchester United mudah untuk melangkah ke pusingan ke-4.
2 pasukan dari Liga Kejohanan mengalami kekalahan di tangan lawan yang berada di liga bawah. Porthsmouth menewaskan Norwich 1-0 di tempat sendiri oleh gol minit akhir Andre Green dan Accrington menewaskan Ipswich menerusi jaringan Billy Kee.
Elliot List menjadi wira pasukan dengan ajringan minit ke-82 ketika menewaskan Cardiff sementara itu Josh Brownhill muncul wira Bristol City dengan jaringan pada minit ke-72.
Bristol City melakukan kejutan besar pada musim lepas di Piala Liga apabila berjaya mara ke separuh akhir.
Alvaro Morata menjaringkan 2 gol ketika Chelsea menewaskan Nottingham Forest 2-0, Fabregas yang dilaporkan bakal menyertai Monaco gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Tiada kejutan di Bloomfield Road apabila Arsenal menewaskan pasukan divisyen 1 Blackpool 3-0, 2 jaringan dilakukan oleh Joe Willock yang berusia 19 tahun dan Alex Iwobi.
Kehadiran 5,218 penyokong the Gunners lebih ramai berbanding penyokong tuan rumah iaitu 3,777 penyokong.
Manchester United mendapat sepakan penalti selepas pengadil perlawanan mendapat rujukan dari pengadil video disempurnakan oleh Juan Mata dan gol ke-3 Romelu Lukaku sepanjang 3 perlawanan sudah cukup untuk pasukan ini menang 2-0 dan mara ke pusingan ke-4.
3 pasukan utama Liga Perdana mara, manakala 2 tersingkir
- Gillingham lwn Cardiff City (1-0)
- Bristol City lwn Hudderfield (1-0)
- Accrington Stanley lwn Ipswich Town (1-0)
- Norwich lwn Portmouths (0-1)
- Chelsea lwn Nottingham Forest (2-0)
- Blackpool lwn Arsenal (0-3)
- Manchester United lwn Reading (2-0)
Bekas pemain tengah Gillingham Bradley Dack meletakkan Blackburn di depan pasukan ke-15 Liga Perdana Newcastle United, sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan melalui Matt Ritchie untuk melanjutkan kepada perlawanan ulangan di Ewood Park.
Pasukan Liga Divisyen 2 Grimsby pula hanya beberapa minit untuk mendapat perlawanan ulangan walaupun bermain dengan 10 pemain sebelum Cyrstal Palace meledak gol kemenangan pada minit ke-88.
Nathan Redmond meletakan Southampton 2-0 ketika menentang Derby County, tetapi Derby melalui Frank Lampard bangkit semula dengan Tom Lawrence menjaringkan gol penyamaan untuk mendapat perlawanan ulangan di St Mary.
Everton pula terselamat dari kejutan ketika menentang pendahulu carta divisyen 2 Lincoln City untuk memenangi perlawanan pertama sejak 2016. Ademola Lookman dan Benard memberikan Toffes kemenangan 2-1.
Gol pertama pada Sabtu dijaringkan oleh Marko Arnautovic ketika menentang Birmingham City, membantu West Ham United menang 2-0 dan 1 lagi gol dijaringkan oleh Andy Carroll. Samir Nasri melakukan debut selepas digantung 18 bulan oleh FIFA.
Dalam perlawanan melibatkan 2 pasukan Liga Perdana Inggeris, Brighton menewaskan Bournemouth 3-1.
Bournemouth menjadi pasukan Liga Perdana ke-3 tersingkir selepas bertemu dengan 1 lagi pasukan Liga Perdana
Newcastle United lwn Blackburn (1-1)
Crystal Palace lwn Grimsby (1-0)
Derby County lwn Southampton (2-2)
Everton lwn Lincoln (2-1)
West Ham United lwn Birmingham (2-0)
Bournemouth lwn Brighton (1-3)
Pasukan Liga Divisyen 1 Barnsley mendapat momen menarik apabila mencapai kemenangan 1-0 selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-90. Chris Wood menyempunakan sepakan penalti tersebut untuk menyingkirkan Burnley.
Sebelum itu Burnley mendapat sepakan penalti yang dibantu oleh VAR tetapi Matej vydra gagal menyempurnakannya.
Di gelanggang lain, pasukan ke-16 divisyen 1 Shrewbury mendahului perlawanan melalui jaringan penalti Oliver Norburn. Walaubagaimana pun bekas pemain antarabangsa England Peter Crouch berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Stoke.
Membantu Stoke mendapat perlawanan ulangan selepas 4 minit dibawa masuk.
Pasukan suku akhir musim lalu Wigan Atletic yang menewaskan Manchester City terkeluar dari saingan selepas tewas 0-1 kepada West Brom Albion melalui jaringan Bakary Sako.
Pasukan divisyen 1 Luton berjaya mengikat pasukan Liga Kejuaraan tanpa jaringan dan bakal bermain dalam perlawanan ulangan.
Swansea yang berada di puncak Liga Kejuaraan pula mudah menewaskan Aston villa 3-0, manakala Middlesbrough membelasah pasukan Divisyen 1 Peterborough 5-0.
Lain-lain keputusan, Bolton Wanderes mnewaskan Walsall 5-2, Brentford menang 1-0 ke atas pendahului Oxford United dan AF Wimbledon mengalahkan Fleetwood 3-2.
Keputusan 9 perlawanan yang tidak melibatkan pasukan Liga Perdana
- Shrewsbury lwn Stoke City (1-1)
- Burnley lwn Barnsley (1-0)
- West Brom Albion lwn Wigan (1-1)
- Shffield Wednesday lwn Luton (0-0)
- Aston Villa lwn Swansea (0-3)
- Middlesbrough lwn Peterborough (5-0)
- Bolton lwn Walsall (5-2)
- Brentford lwn Oxford United (1-0)
- Fleetwood lwn AFC Wimbledon (2-3)
Sumber: BBC Sport