Piala FA: Hanya 40,000 Penyokong Dijangka Hadir Ke Bukit Jalil Untuk Saksikan Final

Ketua Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam memberitahu pihaknya menjangkakan seramai 40,000 peminat bola sepak akan hadir menonton perlawanan akhir Piala FA 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini yang menemukan Pahang dan Selangor.

Walaupun SNBJ mampu memuatkan 100,000 penonton pada satu masa, jumlah peminat yang hadir merosot dengan teruk memandangkan ia berlangsung ketika peminat bola sepak Malaysia menumpukan perhatian mereka terhadap saingan Piala Dunia 2018 yang sudah memasuki peringkat suku akhir.

Suatu ketika dahulu. Orang besi Pahang bersaing dengan bekas pemian pertahanan Selangor, Robert Cornthwaite

Ramalingam mempunyai alasan lain mengapa perlawanan akhir Piala FA kali ini gagal mendapat sambutan. Beliau mendakwa ramai peminat menghadapi kekangan kewangan berikutan baru sahaja menyambut Hari Raya Aidilfitri pertengahan bulan lalu.

Ramalingan berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di SNBJ menjelang perlawanan akhir Piala FA yang akan bermula pada pukul 9.00 malam ini.

Kebiasaannya perlawanan akhir yang menemukan Pahang dan Selangor sering mendapat sambutan dan jualan tiket laris seperti kuih Kuba Guling di bulan Ramadhan. Tetapi senario itu tidak berlaku tahun ini dan kaunter jualan tiket senyap seperti waktu subuh di masjid.

Ramalingam berkata ramai peminat bola sepak menghabiskan sejumlah besar wang mereka untuk menyambut Hari Raya menyebabkan mereka terpaksa melupakan niat untuk menonton aksi final di SNBJ.

Orang tak pergi stadium sebab tak de duit, bukan xnak tengok bola

“Kami telah turun ke bawah untuk bertanya mengenai keadaan ini dan kami mendapati sebahagian besar peminat telah menerima gaji bulan Jun sekitar 10 atau 12 haribulan bagi menyambut Hari Raya. Ini bermakna mereka tidak menerima sebarang gaji pada hujung bulan Jun dan hanya akan menerima gaji seterusnya pada penghujung bulan Julai.”

“Kami perlu bersikap realisitik disini, tidak perlu mengkritik peminat. Perkara ini kadangkala akan berlaku, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak mahu menonton perlawanan bola sepak. Tahun ini kami mencatatkan rekod tertinggi tontonan dalam semua platform.”

“Sekarang mereka mempunyai pilihan, sama ada untuk menonton live stream atau menonton ulang tayang perlawanan. Setiap perkara sudah tentu ada impak, tetapi ia akan diatasi secara perlahan-lahan. Kami tidak boleh membuat keputusan terburu-buru.”

Kesian Neymar

Apabila ditanya adakah faktor harga tiket yang mahal menjadi punca penurunan penjualan tiket, Ramalingam menafikan dakwaan tersebut. Untuk rekod, tiket untuk perlawanan akhir Piala FA berharga RM 50, sama seperti edisi-edisi sebelum ini.

“Sebenarnya, harga tiket merupakan perkara paling murah untuk menonton perlawanan akhir di stadium. Bayangkan peminat datang dari Pahang, secara keseluruhannya seorang peminat mungkin perlu membelanjakan RM 200, dan hanya RM 50 diperuntukkan untuk tiket perlawanan. Jika mereka beli di Shopee, ia hanya berharga RM 42. Subsidi juga tidak banyak membantu.”

BACA:  Pemain Selangor Di Kepala B****kan Oleh Penyokong Sendiri Selepas Menang 4-1