Piala FA: Sempat Beri Harapan Palsu Kepada Liverpool, Setan Merah Mara Ke Separuh Akhir

Manchester United kini semakin hampir menamatkan musim dengan piala paling berprestij di England iaitu Piala FA.

Piala FA merupakan piala tertua di England. Menjadi batu asas kepada pembangunan bola sepak dunia yang berpaksikan undang undang yang dicipta di England.

Betapa pentingnya Piala FA berbanding dengan piala lain. Hanya penyokong Liverpool saja yang cuba menafikannya hari ini.

Manchester United memberikan beberapa siri harapan palsu kepada Liverpool yang datang bertandang membawa harapan Quadruple mereka musim ini.

Scott McTominay meletakkan Setan Merah di hadapan dengan gol sangat cantik pada minit ke -10 perlawanan.

Pemain Jepun, Wataru Endo hanya menanggung malu selepas itu kerana golnya dibatalkan oleh VAR.

Liverpool beraksi dengan beberapa aksi kelakar Darwin Nunez di hadapan gol yang membuatkan Onana geleng kepala.

Kemudian Liverpool mendapat 2 gol nasib sebelum rehat separuh masa pertama. Pertamanya gol nasib daripada Alexis Mac Allister pada minit ke-44.

Dan kemudian gol oleh Mohamed Salah yang dilihat bakal meninggalkan Liverpool selepas ini.

Pemain pemain United sengaja memberikan harapan palsu kepada Liverpool.

Pemain yang selalu dicaci dan diejek peminat Liverpool, Antony melayan Kelleher seperti bekas teman wanitanya di mana dia telah merobek gawang penjaga gol itu pada minit ke-87 untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Aksi disambung kepada masa tambahan 30 minit lagi.

Dengan Man United berterusan bergurau senda memberikan harapan palsu kepada pasukan pelawat apabila membenarkan Harvey Elliot menjaringkan satu lagi gol nasib. Bola rembatannya terbias pada kaki pemain pertahanan United.

Ketika Liverpool berkira kira mahu layak ke separuh akhir, United akhirnya menamatkan urusan malam tadi dengan dua gol mutlak.

Bermula dengan gol penyamaan daripada Marcus Rashford minit ke-112, disusuli gol yang amat amat cantik daripada Amad Diallo pada minit ke-120.

Masih cuba memberikan harapan palsu kepada Liverpool, Amad Diallo sengaja minta dibuang padang dengan meraikan gol dengan menanggalkan baju untuk menerima kad kuning kedua.

Namun nasib tidak lagi memihak kepada Liverpool. Dan mereka hanya tertunduk malu keluar dari padang Old Trafford yang menjadi gelanggang keramat Man United.

GGMU.

BACA:  FA Cup Suku Akhir: Leicester City 3-1 Manchester United