Piala Presiden Final 1 : Selangor 2-0 Terengganu

Selangor membawa bekalan selesa ke perlawanan akhir kedua Jumaat depan selepas menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Selayang dalam aksi final pertama Piala Presiden.

Badrul Amin Rusalan menjaringkan gol pertama Selangor pada minit ke-15 perlawanan sebelum pemain Liga Super, Syahmi Safari menambah jaringan pada minit ke-28.

Selepas itu tiada jaringan terhasil dan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Baca Juga

Baca Juga