Piala Sultan Selangor 2015 Malam Ini Dibatalkan

SHAH ALAM: Perlawanan Piala Sultan Selangor yang dijadualkan di Stadium Shah Alam malam ini, dibatalkan, akibat masalah jerebu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana, Tan Sri Abdul Karim Munisar mengumumkan perkembangan itu di sini sebentar tadi.

Katanya, pembatalan itu dilakukan selepas mendapat arahan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang bimbangkan kesihatan pemain dan penyokong.

“Pihak penganjur memantau catatan IPU (Indeks Pencemaran Udara) dan sehingga jam 3.30 petang tadi mendapati catatan IPU masih di antara 137 hingga 138.

“Pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat berhubung pemulangan bayaran tiket,” katanya. Piala Sultan Selangor dijadualkan pada jam 9 malam ini, membabitkan Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura.

Turut diadakan perlawanan pasukan Veteran Selangor dan pasukan Veteran Singapura di gelanggang sama sejam sebelum itu.

Baca Juga

Baca Juga