Piala Sumbangsih 2021: Johor Darul Ta’zim 2-0 Kedah Darul Aman FC

Secara rasminya Liga Malaysia bagi musim 2021 telah membuka tirai apabila berlangsungnya Piala Sultan Ahmad Shah atau Sumbangsih yang saban tahun menjadi penanda aras permulaan liga.

Piala Sumbangsih 2021 merupakan edisi ke 36 bagi Piala Sumbangsih, sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Piala ini dipertandingkan untuk direbut oleh Juara Liga Super dan juara Piala Malaysia.

Namun Piala Sumbangsih bagi tahun 2021 ini sangat istimewa kerana menemukan Juara Liga Super 2020, Johor Darul Ta’zim(JDT) dengan naib juara Liga Super 2020, Kedah Darul Aman FC.

Kes ini terjadi kerana berlakunya pandemik melanda seluruh dunia pada tahun 2020 menyebabkan aktiviti bola sepak dunia termasuk Liga Malaysia terpaksa digantung.

Selepas sedikit reda situasi maka bola sepak kembali bersambung dan hanya liga Super sahaja berjaya disambung itu pun untuk 11 perlawanan sahaja.

Manakala pertandingan seperti Piala FA dan Piala Malaysia bagi tahun 2020 terpaksa dibatalkan dan kerana itulah

Piala Sumbangsih kali ini seperti biasa, sudah pasti ada JDT, Juara Liga Super, 7 kali berturut-turut dan hanya lawannya sahaja yang bertukar.

Piala Sumbangsih 2021: JDT 2-0 Kedah

Perlawanan Piala Sumbangsih seperti tahun-tahun lalu membawa erti bukan sahaja pembukaan musim Liga Malaysia malah menjadi perlawanan pertama untuk Liga Super. Satu situasi yang agak unik.

Ini bermakna pemenang akan memperolehi 3 mata dan jika seri satu mata akan dikongsi dalam permainan 90 minit dan penentuan pemenang untuk Piala dilakukan melalui sepakan penalti jika keputusan seri terhasil.

Gelanggang baru JDT yang baru berusia setahun, Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi menjadi medan penentuan juara seperti tahun lalu.

Permainan dimulakan dengan satu permainan agak rancak dan menghiburkan serta mengujakan. Mungkin perasaan ini tercetus kerana sudah lama tidak melihat perlawanan kompetitif tempatan sejak wabak melanda.

JDT seperti biasa tampak unggul dan penuh meyakinkan seperti selalu dan berada dikelas tersendiri namun Kedah juga mempunyai kaki walaupun agak bergelut untuk bermain secara tersusun.

Pada minit ke-35, Safawi Rasid yang pernah menimba ilmu di Eropah dengan sebuah kelab di Portugal berjaya memecahkan kebuntuan dengan jaringan pertama di Liga Super bagi tahun 2021.

Banyak serangan Kedah banyak berpaksi kepada serangan balas pantas dan ada sesekali kelihatan agak mengancam. Namun JDT terlalu solid dengan penuh tersusun dengan kualiti pemain yang lebih baik.

Separuh masa pertama menyaksikan gol Safawi Rasid menjadi gol tunggal perlawanan.

Bersambung babak kedua JDT terus mempamerkan aksi konsisten dan tersusun disegenap posisi lalu situasi ini menjadi masalah buat Kedah mencari ruang dan peluang.

Pada minit ke-68, Natso Insa telah mengukuhkan cengkaman JDT dengan jaringan kedua dan semakin jelas untuk menjulang Piala Sumbangsih sekali dan meraih tiga mata pertama.

Jaringan Naxto Insa telah membunuh perlawanan dan terus menutup serta menanam semangat kebagkitan Kedah untuk mencipta keajaiban.

Kedudukan dua gol ini yang terhasil daripada setiap babak telah cukup untuk JDT muncul juara sekali lagi buat kali ke-6 dan ke-4 secara berturutan.

Dalam tujuh tahun terakhir ini JDT merangkul gelaran juara Piala Sumbangsih sebanyak 6 kali kurang dua dibelakang Selangor yang merupakan pemenang terbanyak dengan 8 kali

Juara Sumbangsih:

2015 – JDT
2016 – JDT
2017 – Kedah
2018 – JDT
2019 – JDT
2020 – JDT
2021 – JDT

Baca Juga

Baca Juga