Piala Sumbangsih 2022: JDT 3-0 Kuala Lumpur City

Piala Sumbangsih 2022 sudah tiba detiknya menandakan bermulanya musim baru bola sepak Malaysia dan untuk Piala Sumbangsih tahun 2022 menemukan JDT selaku juara Piala Malaysia dan Kuala Lumpur City FC yang merupakan juara Piala Malaysia musim lalu.

Piala Sumbangsih 2022 merupakan edisi ke-37, sejak Piala Sumbangsih diperkenalkan pada tahun 1985. Piala ini dipertandingkan untuk direbut oleh Juara Liga Super dan juara Piala Malaysia.

Piala Sumbangsih merupakan nama singkatan kepada Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang diperkenalkan pada tahun 1985 dan perlawanan pertama Piala Sumbangsih berlangsung pada 31 Disember 1984 menemukan Selangor dan Pahang di mana Selangor menjadi pemenang pertama.

King of Malaya atau Selangor merupakan pemenang terbanyak Piala Sumbangsih apabila telah muncul juara sebanyak 8 kali dan dikejar rapat oleh JDT dengan 6 kali juara dan mungkin akan dipotong dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Senarai juara piala sumbangsih

Format Piala Sumbangsih bagi tahun 2022 sekali lagi telah diubah di mana perlawanan ini tidak lagi membabitkan sebarang pungutan mata untuk aksi pertama Liga Super seperti tahun yang terdahulu.

Perubahan format ini pasti akan menambahkan kepoweran dan kepaduan dalam perlawanan untuk merebut piala dan tiada pasukan akan bermain untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata.

JDT telah ditewaskan oleh Kuala Lumpur City FC di perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu dan perlawanan ini pasti menjadi medan buat JDT untuk kembali menebus kekecewaan.

Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2022 berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.

Kehangatan Piala Sumbangsih 2022 disemarakkan dengan kenyataan penuh sensasi pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ.

TMJ berkata beliau akan berundur dari bola sepak jika JDT gagal untuk menewaskan Kuala Lumpur City FC dalam perebutan gelaran juara Piala Sumbangsih 2022.

“Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terbabit lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara.”

Kenyataan berani dari pemilik JDT ini mempamerkan betapa yakinnya pasukan JDT untuk menewaskan Kuala Lumpur City FC.

Piala Sumbangsih 2022: JDT vs Kuala Lumpur City

Tepat jam 9 malam, 26 Februari 2022, pengadil perlawanan meniup wisel permulaan menandakan bermulanya saingan bola sepak Malaysia bagi musim 2022 dan juga bermulanya perlawanan Piala Sumbangsih.

Tempoh 15 pertama permainan menjadi milik JDT yang terus cuba mengatur serangan demi serangan untuk memecahkan benteng Kuala Lumpur City FC yang masih tenang bertahan menyerap asakan.

Pada minit ke-19 salah faham antara Declan Lambert dan Kevin Ray Mendoza hampir saja mengundang padah untuk gol kelakar terhasil namun Declan Lambert pantas mengeluarkan bola.

Gerakan solo Airf Aiman dari kanan memotong masuk ke dalam disusuli dengan rembatan jarak jauh sedikit menjauhi palang.

JDT akhirnya berjaya berada di depan pada minit ke-25 apabila hantaran silang Arif Aiman berjaya disundul masuk Nazmi Faiz Mansor yang langsung tidak dikawal.

Kuala Lumpur City FC semakin goyah dan mula koyak selepas gol pertama itu dan JDT terus menekan dengan aksi yang semakin garang.

Minit ke-30 Fernando Forestieri menggandakan kedudukan dengan satu rembatan luar kotak penalti dari sudut sempit namun berjaya juga mencari ruang.

Tidak lama kemudian flick cantik dan bersahaja Fernando Forestieri hampir memberikan gol ketiga tetapi rembatan Natxo Insa sedikit tersasar.

JDT menguasai perlawanan sepenuhnya sehingga tamat separuh masa pertama. Sukar untuk Kuala Lumpur City FC tanpa sebarang percubaan dan gagal untuk masuk final third JDT.

Kuala Lumpur City FC bermula baik di separuh masa kedua dan terus mengasak kubu JDT untuk mencari gol kebangkitan. KL City berjaya masuk kotak JDT.

Namun permainan positif KL City FC hanya untuk seketika apabila JDT kembali menguasai perlawanan.

Pada minit ke-68, Bergson Da Silva hampir membunuh perlawanan dengan gol ketika tetapi sedikit tepisan kevin Ray Mendoza menyaksikan bola menghentam tiang.

Ketika permainan berbaki 5 minit Afiq Fazail yang masuk dari bangku simpanan terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga dan JDT hampir pasti menjulang trofi Piala Sumbangsih buat kali ke-7.

Kemenangan JDT ini menyaksikan tiada siapapun yang akan berundur dari bola sepak.

Baca Juga

Baca Juga