Piala Super Sepanyol: Xavi Menang Piala Pertama Selepas Tumbangkan Real Madrid 3-1

Xavi akhirnya berjaya merasai trofi major pertamanya selaku pengurus Barcelona apabila menumbangkan Real Madrid 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol atau Supercopa de Espana.

Gavi menjadi inspirasi kemenangan Barcelona ini apabila mencetak nama selaku penjaring dan telah mencipta dua peluang kepada penghangsilan dua lagi gol.

Ini merupakan kejuaraan Piala Super Sepanyol yang ke-14 untuk Barcelona yang mungkin menjadi titik tolak kepada Xavi untuk terus mengumpul piala sebagaimana dilakukannya sebagai seorang pemain.

Piala Super Sepanyol dan juga El Clasico ini telah berlangsung di Stadium Antarabangsa King Fadh, Riyadh yang terletak di Arab Saudi di mana Cristiano Ronaldo kini berada.

Pada awal permainan Thibaut Courtois menjentik keluar rembatan Robert Lewandowski yang menghentam palang dan Alejandro Balde menyambar untuk tindakan susulan namun percubaannya meliar.

Karim Benzema menerima hantaran lintang Ferland Mendy dengan tandukan yang melayang jauh sebelum Blaugrana mendahului apabila Los Blancos telah mencipta huru -hara sendiri apabila cuba bermain dari belakang pada minit ke-33.

Sergio Busquets menerkam hantaran tidak cermat Antonio Rudiger dan Lewandowski membuat lorongan kepada Gavi, yang menewaskan Thibaut Courtois dengan penyudah kaki kiri yang tersusun.

Gavi membalas jasa Robert Lewandowski sejurus sebelum rehat, mereka melakukan larian ke atas selepas bola dimainkan oleh Frenkie de Jong dan bertukar hantaran di hadapan pintu gol untuk memberikan Lewandowski satu pukulan ke gawang dengan mudah kerana pertahanan yang sangat lemah.

Barca meneruskan di mana mereka berhenti selepas rehat, Thibaut Courtois datang menyelamatkan Real Madrid dengan menafikan percubaan Ousmane Dembele dan Lewandowski.

Tidak mengejutkan apabila gergasi Catalan itu meledak sekali lagi pada minit ke-69, Pedri tiba di tiang belakang untuk menyudahkan satu lagi hantaran tepat dari Gavi yang terbias sedikit kaki Antonio Rudiger.

Marc-Andre ter Stegen menafikan percubaan Rodrygo dengan penyelamatan satu tangan yang sangat baik dan Karim Benzema merembat masuk secara klinikal pada masa kecederaan namun sudah tidak memberi sebarang makna.

Barcelona juara Piala Super Sepanyol, trofi pertama yang berjaya mereka raih tanpa kelibat Lionel Messi.

Barca mengatasi Madrid untuk mendapatkan trofi utama pertama mereka sejak menjulang Copa del Rey pada April 2021, membuat kenyataan jelas bahawa mereka juga cuba merampas kejuaraan LaLiga dari Madrid – memegang kelebihan tiga mata di puncak liga.

Los Blancos menewaskan Blaugrana 3-1 dalam liga pada bulan Oktober, tetapi ia adalah cerita yang berbeza pada kesempatan ini kerana mereka hanya menewaskan mereka untuk kali kedua dalam sembilan pertemuan Clasico.

Madrid telah memenangi lima perlawanan akhir berturut-turut dalam semua pertandingan, tetapi mereka terkeluar dari rentak dan tidak membawa apa-apa kebaikan untuk diri mereka sendiri kerana mereka gagal mengatasi kehebatan Barca.

BARCELONA

Kesebelasan Utama : Ter Stegen; Araujo, Kounde, Christensen, Balde; Gavi, Busquets, De Jong; Dembélé, Lewandowski, Pedri (4-3-3)

Pemain Simpanan : Peña (GK), Tenas (GK), Eric, Alonso, Alba, Roberto, Kessie, Raphinha, Fati, Ferran, Memphis

REAL MADRID

Kesebelasan Utama : Courtois; Carvajal, Militão, Rüdiger, Mendy; Modric, Kroos, Camavinga; Valverde, Benzema, Vinicius (4-3-3)

Pemain Simpanan : Lunin (GK), López (GK), Vallejo, Nacho, Odriozola, Martín, Ceballos, Asensio, Rodrygo, Hazard, Mariano

BACA:  Valverde: Messi Dalam Keadaan Sempurna Untuk Hadapi Manchester United