Piala Thomas 2018 : China Muncul Juara dan Lin Dan Tidak Sempat Beraksi

China kembali merampas gelaran Juara Piala Thomas selepas terlepas dua kali gelaran pada 2014 dan 2016 sejak 2004.

Maka 6 tahun berlalu, China kembali bergelar juara dengan menundukkan Jepun 3-1 dan Super Lin Dan selaku perseorangan ketika tidak sempat beraksi.

Selepas tamat saingan peringkat Kumpulan, Lin Dan tidak berpeluang untuk beraksi sehingga final dan China masih mampu bergelar juara.

Perseorangan pertama Jepun, Kento Momota menciota kejutan apabila tenang menundukkan juara Olimpik, Chen Long 21-9, 21-18.

Gandingan beregu China bangkit menyamakan kedudukan menerusi gandingan Liu Cheng-Zhang Nan yang mengalahkan Takuto Inoue-Yuki Kaneko 21-10, 21-18.

Pemain perseorangan kedua, Shi Yuqi meletakkan China di depan menerusi kemenangan 21-12, 21-17 ke atas Kenta Nishimoto.

Li Junhui-Liu Yuchen memberikan kemenangan mutlak buat China apabila bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 17-21, 21-19, 22-20.

Keputusan penuh :

Senarai Juara Piala Thomas

Gelaran kali ini adalah yang ke-10 buat China sejak kali pertama memenanginya pada 1982 di London.

1949 – Malaya (bt Denmark 8-1)

1952 – Malaya (bt USA 7-2)

1955 – Malaya (bt Denmark 8-1)

1958 – Indonesia (bt Malaya 6-3)

1961 – Indonesia (bt Thailand 6-3)

1964 – Indonesia (bt Denmark 5-4)

1967 – Malaysia (bt Indonesia 6-3)

1970 – Indonesia (bt Malaysia 7-2)

1973 – Indonesia (bt Denmark 8-1)

1976 – Indonesia (bt Malaysia 9-0)

1979 – Indonesia (bt Denmark 9-0)

1982 – China (bt Indonesia 5-4)

1984 – Indonesia (bt China 3-2)

1986 – China (bt Indonesia 3-2)

1988 – China (bt Malaysia 4-1)

1990 – China (bt Malaysia 4-1)

1992 – Malaysia (bt Indonesia 3-2)

1994 – Indonesia (bt Denmark 5-0)

1996 – Indonesia (bt Malaysia 3-2)

1998 – Indonesia (bt China 3-0)

2000 – Indonesia (bt China 3-0)

2002 – Indonesia (bt Malaysia 3-2)

2004 – China (bt Denmark 3-0)

2006 – China (bt Denmark 3-0)

2008 – China (bt South Korea 3-1)

2010 – China (bt Indonesia 3-0)

2012 – China (bt South Korea 3-0)

2014 – Japan (bt Malaysia 3-2)

2016 – Denmark (bt Indonesia 3-2)

2018 – China (bt Japan 3-1)

Baca Juga

Baca Juga