Pickford Dipersalahkan Jadi Punca Prestasi Van Dijk Tidak Lagi Sama Seperti Dulu

Seorang wartawan Belanda percaya Jordan Pickford akan sentiasa menjadi punca dan bertanggungjawab atas kemerosotan prestasi bintang Liverpool, Virgil van Dijk.

Pemain pertahanan tengah itu beraksi selama 90 minit pada Ahad lalu untuk membantu Belanda menang 2-1 ke atas Republik Ireland di pusingan kelayakan Euro 2024.

Ia adalah persembahan yang cukup meyakinkan oleh pemain pertahanan Liverpool itu, yang sebelum ini bergelut untuk menampilkan tahap permainan serupa sehingga pernah menjadikannya hampir-hampir juara Ballon d’Or pada 2019.

Salah satu punca kepada perkara itu adalah disebabkan kecederaan lutut yang dialami Van Dijk pada Oktober 2020, dan seorang wartawan Belanda percaya kecederaan tersebut memberikan impak jangka masa panjang kepada kariernya.

Menurut wartawan Henk Spaan, pemain pertahanan Liverpool itu bukan lagi pemain yang sama selepas mengalami kecederaan yang dilaminya tiga tahun lalu itu.

Dalam perlawanan tersebut penjaga gol Everton Pickford keluar dari garisannya dan menerjah Van Dijk dengan kedua-dua belah kakinya sehingga mencederakan lutut pemain pertahanan itu.

Van Dijk baring kesakitan dan memerlukan rawatan segera, dan tiada pilihan selain digantikan selepas kekasaran tersebut.

Mengimbau kembali kejadian itu, Spann berkata: “Ada momen dalam perlawanan menentang Ireland di mana Van Dijk dengan mudah dilepasi oleh pemain lawan. Suatu ketika dulu dia boleh merampas bola tersebut sambil ketawa dan tanpa berpeluh.

“Terjahan oleh Pickford terhadap Van Dijk dalam pertemuan Everton-Liverpool dianggan boleh mematahkan kaki oleh Peter Crouch yang berbicara secara siaran langsung.

“Tony Cascarino menyamakan Pickford dengan Roy Keane yang menamatkan karier Alf Inge Haaland.

“Saya enggan komen mengenai permainan Van Dijk dengan mendalam di Twitter. Saya konsisten bertanggapan dia tidak lagi layak bergelar kapten skuad kebangsaan Belanda.

“Tetapi saya tiada keraguan Pickford yang langsung tidak dihukum bertanggungjawab menghancurkan karier Van Dijk.”

Di sebalik komen menghentam Pickford oleh wartawan itu, beberapa pemain Liverpool lain seperti Georginio Wijnaldum yang berada di dalam padang ketika insiden berlaku menganggap Pickford tidak berniat menyebabkan kecederaan tersebut dan bukannnya bodoh.

BACA:  Karius Ulangi Aksi Kelakar Dalam Perlawanan Pra-Musim Liverpool Menentang Tranmere