Piers Morgan Anggap Ronaldo ‘Tuhan’, Harus Datang Ke Arsenal Bergandingan Dengan Jesus

Peminat setia Arsenal, Piers Morgan rela hilang pedoman memanggil Cristiano Ronaldo sebagai tuhan dan meminta dia datang ke Arsenal untuk bergandingan dengan Jesus.

Dia merujuk kepada Ronaldo sebagai pemain terbaik sepanjang zaman dan layak digelar ‘tuhan’ dalam bola sepak. Mamai sangat dah ni.

Ronaldo mengejutkan bumi apabila dia meminta untuk dijual oleh kelab no.1 dunia, Manchester United.

Ronaldo meminta Manchester United menerima tawaran yang bagus ke atasnya, agar dia boleh berambus daripada kelab yang dia mulai ragui kemampuannya untuk memenangi piala musim depan.

Ronaldo kemudian rasa terhina bermain di Liga Europa walaupun peminat Manchester United sebelum ini berkata, tiada beza menamatkan liga di tangga kedua dengan keenam.

Akhirnya Ronaldo memberitahu kepada mereka, dia bukannya manusia yang bermentaliti macam pemain lain dalam United. Yang selesa hanya bermain di pertandingan kasta kedua. Dia menyatakan dia mahu bermain di Liga Juara Juara Eropah sepanjang kariernya terutama sekali pada baki kariernya yang ada.

Ronaldo mungkin dah bosan apabila page rasmi kelab mereka lebih banyak memuat naik post tentang gambarnya tayang body berbanding dengan gambar memenangi piala.

Ada 4 kelab dikaitkan dengan Ronaldo iaitu Chelsea, As Roma, Napoli dan pilihan utama Ronaldo iatu Bayern Munich.

Piers Morgan yang sudah mengiktiraf dirinya peminat no.1 Ronaldo kemudian meminta pemain itu datang ke Arsenal yang dibimbing oleh Mikel Arteta.

Morgan menyatakan bahawa Arsenal lebih bagus daripada Manchester United, walaupun kedua duanya sama sama bermain di UEL. Tetapi Arsenal menamatkan liga di atas United.

Hos tv berusia 57 tahun itu memang peminat Arsenal sejak kecil lagi.

Dia menulis : “Masanya sudah tiba Cristiano, Arsenal FC.”

Seorang netizen berkata: “Dalam mimpi kau je la.”

Morgan membalas tweet itu dengan berkata: “Memamgla [impian aku], namu Ronaldo akan memecahkan tradisi baru dalam bola sepak, dan saya baru je bagitau dia, Tuhan + Jesus di serangan memang peluang yang sangat sukar untuk dinafikan.”

Lain macam sangat si Piers Morgan ni. Dia harus ingat, Ronaldo mahu beraksi di UCL. Kalau takat main di UEL, baik dia kekal je kat Manchester United tu. Takkan dia nak ke Arsenal. Nak begambar dengan piala UCL pun tak ada kat situ kan?

Gabriel Jesus akan menjadi pemain baru Arsenal dengan jersi no.9. Dia berpindah dari City ke Arsenal dengan nilai perpindahan £45 juta.

BACA:  Aubameyang: Perbezaan Di Antara Arsene Wenger & Jurgen Klopp