Piers Morgan Berkicap Dikecam Selepas Messi Julang Trofi Piala Dunia

Pembela nombor satu Cristiano Ronaldo. Piers Morgan berkicap dikecam dan menjadi bahan troll di media sosial selepas Lionel Messi telah selamat menjulang trofi Piala Dunia 2022.

Piers Morgan tidak dapat dinafikan lagi sebagai penyokong tegar Cristiano Ronaldo yang merupakan pesaing terhebat Lionel Messi dalam tempoh 20 tahun ini di arena bola sepak.

Crisitano Ronaldo dan Lionel telah mendominasi anugerah pemain bola sepak terbaik dunia dalam tempoh sedekad dengan 13 trofi Ballon d’Or menjadi milik mereka.

Luka Modric pemecah dominasi sedekad Ronaldo-Messi pada 2018 dan ketika Ronaldo di mamah usia, Messi berjaya menyelit untuk Ballon d’Or ketujuhnya pada 2021.

Julangan Piala Dunia oleh Lionel Messi seakan telah memberi titik noktah kepada perdebatan siapakah Greatest of All Time (GOAT) yang rata-rata mula memilih Messi.

Sebagai pembela nombor satu Ronaldo, Piers Morgan sudah pasti bimbang akan situasi ini, sebelum perlawanan Piers Morgan telah memberi sokongan penuh kepada Perancis.

Piers Morgan telah meramalkan Piala Dunia akan menjadi milik Perancis dan Lionel Messi akan menangis lagi:

“RAMALAN: Perancis akan menewaskan Argentina 3-1 untuk memenangi Piala Dunia. Mbappe akan menjaringkan dua gol, Griezmann akan menjadi MoM (pemain terbaik) dan Messi akan menangis.”

Ternyata ramalan Piers Morgan ini tidak disambut baik oleh peminat Lionel Messi dan apabila perlawanan sudah berlangsung Perancis langsung tidak melawan mudah diperkotak-katikkan Argentina.

Lebih malang apabila selepas 36 minit perlawanan Argentina sudah mendahului 2-0 hasil sepakan penalti Lionel Messi dan penyudah tenang dari Angel Di Maria.

Nyata Piers Morgan panik lalu mengemukan teori yang tidak masuk akal dengan mendakwa pasukan Perancis telah diracun bukannya diserang virus.

“Ia bukan virus, pasukan Perancis jelas sengaja diracun.” Tulis Morgan di Twitternya mungkin sambil mengetap gigi.

Kelegaan melanda Piers Morgan selepas dua gol Kylian Mbappe dalam tempoh 97 saat telah mengikat kembali perlawanan dan dibawa ke masa tambahan.

Piers Morgan kembali berlagak di Twitter dan sepertinya yakin Perancis akan menang, walaupun Mbappe mencetak hatrik akhirnya Perancis tewas dan Argentina muncul juara.

Peminat di media sosial telah mencari Piers Morgan, melabelkannya sebagai ‘memalukan’ dan mengaitkan keinginannya yang jelas untuk Messi tidak memenangi Piala Dunia kerana hubungan baiknya dengan Cristiano Ronaldo.

“Kepala benar-benar pergi, suka” dengan satu lagi menambah: “Menangis lagi.”

“Anda sudah dewasa?”

Beberapa pengguna lain menyiarkan gambar Cristiano Ronaldo menangis, mengejek Morgan lebih jauh, manakala seorang lagi berkata:

“Betapa tipikal peminat Ronaldo berfikir, khayal.”

Piers Morgan bukan sahaja diserang oleh peminat bola sepak malahan menjadi bahan troll akaun media sosial popular yang lain.

Selepas perlawanan Piers Morgan telah mengucapkan tahniah kepada Lionel Messi dan Argentina dan memuji Kylian Mbappe mungkin menaip sambil menangis.

“BREAKING: Argentina memenangi Piala Dunia menerusi sepakan penalti. Apa permainan. Drama yang luar biasa.”

“Tahniah kepada Lionel Messi & pasukannya. Penghargaan kepada Perancis yang memberikan segala-galanya, terutamanya Mbappe yang cemerlang.”

“Bola sepak eh.. neraka jahanam!”

Bagi menutup kemaluannya yang besar dan berkicap terus dikecam serta ditroll, Piers Morgan menggunakan taktik biasa mereka yang koyak dengan mengalihkan tumpuan ke topik lain.

Piers Morgan yang merupakan peminat Arsenal telah menyatakan dia perlu kembali ke perkara bola sepak yang lebih penting dan menggunakan Arsenal untuk menyedapkan tahi:

“Bagaimanapun, kembali kepada perkara bola sepak yang lebih penting… Arsenal mendahului 5 mata di puncak Liga Perdana.”

Entah apa yang difikirkan oleh Morgan yang berterusan mempertahankan Ronaldo sehingga kini, mungkin mahu satu lagi sesi temuramah kontroversi bersama Ronaldo.

Ronaldo kini telah menjadi figura yang dibenci lagi menjengkelkan selepas kontroversi yang dicetuskan ditambah dengan prestasi sendu di padang yang menyebabkannya sentiasa tantrum.

BACA:  Kepala Messi, Maria dan Paredes Hampir Terlanggar Kabel