Piers Morgan Dan Ronaldo Jadi Bahan Ketawa Kerana Video Temuramah Nyatakan Tidak Akan Ke Arab Saudi

ronaldo glazer

Piers Morgan dan Cristiano Ronaldo telah menjadi bahan ketawa dunia kerana video temuramah kontroversinya kembali tular apabila dalam perbualan itu menyatakan dia tidak akan ke Arab Saudi.

Video temuramah kontroversi itu telah dirakam kurang dua bulan lalu selepas Ronaldo menandatangani kontrak dengan kelab baharunya, Morgan berkata kepada pemain bola sepak yang dia percaya adalah yang terhebat sepanjang zaman:

“Selain itu anda mahu terus bermain di peringkat tertinggi. Anda mahu bermain bola sepak Liga Juara-Juara, anda mahu memecahkan rekod.”

“Sekali lagi, ia kembali kepada perasaan hati saya tentang anda, bahawa jika ia hanya tentang wang, anda akan berada di Arab Saudi untuk mendapatkan wang tebusan Raja. Tetapi bukan itu yang mendorong anda. Anda mahu kekal di puncak.”

Cristiano Ronaldo, yang dilaporkan menolak perpindahan £305 juta ke Arab Saudi pada musim panas lalu, menjawab:

“Tepat sekali.”

“Kerana saya masih percaya bahawa saya boleh menjaringkan banyak, banyak gol dan membantu pasukan.”

“Saya masih percaya bahawa saya bagus dan mampu membantu pasukan kebangsaan.”

Piers Morgan sejak temuramah yang melonjakan namanya di media penyiaran telah menjadi pembela nombor satu Cristiano Ronaldo dan pembenci nombor satu Lionel Messi.

Video itu nampaknya mengesahkan bahawa menyertai kelab Arab Saudi adalah pilihan sangat rendah dalam senarai keutamaan Ronaldo apabila dia memberikan wawancara secara mendalam dengan Morgan.

Tetapi Ronaldo mendapati bahawa pilihannya terhad selepas cara yang tidak sopan di mana dia meninggalkan Manchester United diikuti dengan beberapa siri persembahan yang tidak meyakinkan untuk Portugal di Piala Dunia Qatar.

Kemungkinan Ronaldo kini telah pun bermain perlawanan terakhirnya dalam bola sepak Eropah dan seterusnya, Liga Juara-Juara UEFA serta tidak akan kembali lagi.

Sama ada sejumlah besar wang yang memasuki akaun banknya setiap minggu sudah cukup untuk membuatnya gembira di Al-Nassr masih belum dapat dipastikan.

Sikap diva yang dipamerkan Ronaldo dalam temuramah itu yang lantang mengkritik kelab dan pengurus pasti mematikan niat mana-mana pengurus ternama Eropah untuk mengambilnya yang pasti memeningkan kepala.

Ditambah dengan prestasi yang merudum teruk bersama Manchester United dan bersambung ke pasukan kebangsaan Portugal yang berterusan membuatkan Ronaldo tantrum.

Pasangan hidup dan adik-beradik perempuannya pula gemar membuat kenyataan di media sosial mengkritik pengurus jika Ronaldo tidak diturunkan.

Semua faktor ini cukup untuk membuatkan kelab Eropah menutup mata ke atas Ronaldo walaupun mempunyai nilai komersil yang tinggi tetapi sikapnya boleh menjahanamkan pasukan.

Dan satu-satunya pilihan yang ada adalah kelab Al Nassr walaupun gaji mewah bukan keutamaan Ronaldo. Dan Al Nassr melabur untuk Ronaldo adalah untuk membantu Arab Saudi mendapatkan hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.

Video temuramahnya kontroversinya yang menyelar pelbagai pihak itu kini seperti sudah memakan diri, Piers Morgan dan Cristiano Ronaldo kini kelihatan agak bodoh ketika ini.

BACA:  Legenda Liverpool Yakin Salah Tidak Setahap Cristiano Ronaldo