Piers Morgan Tuduh Ten Hag Angkuh dan Hina Wout Weghorst Seperti Sosej Austria

Peminat nombor satu Arsenal, Piers Morgan meraikan kemenangan The Gunners dengan menuduh Erik Ten Hag sebagai seorang yang angkuh dan segala tohmahan ini berpunca dari kasih sayang tiada tolok banding Morgan kepada Cristiano Ronaldo.

Tidak cukup dengan itu, Piers Morgan telah menghina pemain pinjaman Manchester United dari Burnley apabila menyatakan tidak pernah mendengar nama pemain itu yang bunyinya seperti sosej Austria.

Nama Wout Weghorst mula dikenali dan didengari ramai bukanlah kerana di menyertai Manchester United tetapi kerana dua gol penyamaannya di Piala Dunia 2022 ketika menentang Argentina.

Dan menjadikan nama Wout Weghorst lebih panas dan bermain di dada media selepas Lionel Messi telah memakinya dengan panggilan bodoh selepas tamat perlawanan yang penuh drama itu.

Piers Morgan masih mengangkat Cristiano Ronaldo sebagai GOAT (Greatest of All Time) dan menganjing Erik Ten Hag selepas tewas 3-2 kepada Arsenal disebabkan menggantikan Cristiano Ronaldo dengan Wout Weghorst.

“Tahniah @ManUtd – itulah yang berlaku apabila anda mengupah jurulatih yang sombong yang tidak menghormati 🐐 @Cristiano, sangat teruk dia pergi – dan kemudian menggantikannya dengan seseorang yang saya tidak pernah dengar yang bunyinya seperti sosej Austria. #Weghorst”

Piers Morgan seperti masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Manchester United jauh lebih baik tanpa kehadiran Ronaldo dan ketiadaannya disebabkan penceraian langsung tidak dirasai malah disyukuri peminat Manchester United.

Mungkin Piers Morgan tidak sempat menyaksikan aksi debut Cristiano Ronaldo bersama Al Nassr yang teramat biasa-biasa dan boleh dikatakan sangat teruk dengan kualitinya yang datang dari liga Eropah.

Ketika Piers Morgan galak meraikan kemenangan Arsenal dengan mengutuk Erik Ten Hag dan menghina Wout Weghorst yang tidak dia kenali ada yang mengingatkan kembali Piers Morgan yang berusaha keras melakukan kempen supaya Mikel Arteta dipecat 8 bulan yang lalu.

Lapan bulan yang lalu, Piers Morgan telah menulis:

“Arteta sepatutnya dipecat, sebaliknya dia telah diberikan tawaran baru dan kenaikan gaji yang tinggi lagi besar. Untuk kegagalan yang teruk. Tidak masuk akal.”

“Benar-benar menyedihkan. Mengapa kami memberi kontrak kepada Arteta sebelum musim ini tamat? Ini akan menjadi kekalahan Liga ke-12 beliau musim ini, selepas membelanjakan £250 juta dalam tempoh 2 tahun. Itu biasanya akan menyebabkan pengurus Arsenal dipecat bukan perjanjian baru yang berdarah.”

Kini Arsenal di prestasi terbaik agak selesa di puncak liga dan slot Champions League sudah dalam genggaman dan Piers Morgan telah melabel dirinya Nostradamus kerana ramalan yang tepat.

Dia menjangkakan Edward Nketiah akan mencipta ribut dalam perlawanan menentang Manchester United dan Nketiah menjaringkan gol penyamaan dan juga gol kemenangan dramatik Arsenal.

Pada ketika ramai percaya dengan Mikel Arteta dengan kata-kata keramat ‘Trust the process’ Piers Morgan sebaliknya mahu Arteta dipecat dan mengeji lanjutan kontrak baharunya.

BACA:  Erik Ten Hag Bakal Menerima Gaji Memecah Rekod Sebagai Pengurus Man United