Pihak Pendakwa Mahu Neymar Dipenjara Dua Tahun

Penyerang Barcelona, Neymar Jr telah diarahkan untuk melalui satu perbicaraan mengenai penyelewengan dan salah laku dalam urusan perpindahannya dari Santos ke Barcelona pada tahun 2013. Seorang hakim di Sepanyol telah mengeluarkan satu arahan bahawa penyerang berusia 25 tahun ini adakan dibicarakan bersama kedua ibu bapanya, presiden Barcelona Josep Bartomeu dan juga bekas presiden kelab, Sandro Rosell.

Lebih mendebarkan lagi bagi Neymar, pihak pendakwa mahukan pemain Brazil ini dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda £7.5 juta, namun tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan oleh mahkamah.

Sandro Rosell – presiden Barcelona ketika pembelian Neymar.

Sebelum ini perpindahan Neymar ke Barcelona telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Ketika ditampilkan di Nou Camp pada musim panas 2013. Naib Presiden Barcelona ketika itu mendakwa yuran perpindahan ialah €57.1 juta.

Walaubagaimanapun, tidak kesemua jumlah tersebut sampai ke kelab lama Neymar, Santos.

Sebaliknya, jumlah tersebut dibahagi antara Santos, DIS – sebuah syarikat pelaburan di Brazil, Teisa – juga sebuah syarikat pelaburan, dan juga syarikat konsultan sukan. Akan tetapi, setelah siasatan dilakukan, kesemua pihak disebutkan mendakwa mereka tidak mendapat jumlah yang sepatutnya daripada yuran perpindahan tersebut.

Neymar Jr bersama bapanya, Neymar Sr

Seorang ahli kelab Barcelona, Jorsi Cases cuba menyiasat perkara ini dan apabila permohonannya untuk mendapatkan maklumat daripada kelab ditolak, dia telah memfailkan aduan terdapatnya penyalahgunaan dana kewangan.

Cerita panas untuk juga menyebabkan presiden Barcelona, Sandro Rosell meletakkan jawatan. Siasatan yang lebih mendalam dibuat selepas itu mendapati kos sebenar perpindahan Neymar sebenarnya hampir €86.2 juta, selepas dua syarikat, N&N Consultoria Esportiva dan Empresarial Limited telah menerima wang berjumlah €40 juta.

Ironinya, kedua-dua syarikat ini adalah milik ibu bapa Neymar.

Pihak pendakwa juga turut mendakwa disebabkan yuran perpindahan sebenar tidak diisytiharkan, kesemua pihak yang terlibat telah mengelakkan daripada membayar cukai yang bernilai €9.1 juta. Bartomeu bagaimanapun menafikan dia maklum dengan isu ini.

Pihak mahkamah juga telah menyiasat bukti yang berkaitan dan kesimpulan awal mengatakan bahawa Barcelona Neymar dan bapanya telah jelas tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh FIFA.

Hakim mahkamah Sepanyol juga telah menetapkan kepada semua pihak bahawa mereka diberikan tempoh 10 hari untuk mengemukakan segala bukti pembelaan.

Berita buruk buat pihak didakwa ialah, terdapat bukti yang mengatakan bahawa Santos dan Barcelona telah berpakat untuk memastikan Neymar ke Nou Camp walaupun Real Madrid dilaporkan telah membida pada harga yang lebih tinggi ketika itu.

Pada bulan Februari lalu, bantahan Neymar dan keluarga, Barcelona dan Santos telah ditolak, manakala bantahan Bartomeu telah ditolak pada minggu lalu dan wang jaminan telah ditetapkan pada €3.4 juta.

Josep Bartomeu

Jika dan hanya jika Neymar didapati bersalah sekalipun, dia mungkin tidak akan menjalani hukuman penjara selama dua tahun memandangkan ini  adalah kesalahan pertama kali yang dilakukan olehnya.

Barcelona dan pemainnya memang tidak asing kepada mahkamah di Sepanyol di mana beberapa pemain mereka telah terlibat dalam skandal cukai, antaranya ialah Lionel Messi dan Javier Mascherano, di samping bekas pemain mereka seperti Samuel Eto’o, Alexis Sanchez, Adriano Correia dan juga Dani Alves.

Walaubagaimanapun sebahagian daripada pemain ini telah membayar jumlah yang sepatutnya mereka bayar kepada kerajaan Sepanyol.

Tindakan pemain Barcelona ini dikatakan ada kaitan dengan sokongan mereka terhadap kemerdekaan Catalonia, dan disebabkan itulah mereka enggan memberikan wang kepada kerajaan Sepanyol.

Sumber berita : Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga