Pilihanraya Sepanyol dan Terkeluarnya Barcelona dari La Liga

Amaran : Artikel ini telah ditulis pada tahun 2015, kira-kira dua tahun yang lalu, maka beberapa fakta dalam artikel ini adalah dari masa lalu dan ketika ini Neymar masih bersama Barcelona.

Isu politik yang bakal menyaksikan Barcelona tidak layak bermain di La Liga sudah lama kedengaran tetapi bersifat tenggelam timbul.

Maka bacalah dengan hati yang tenang.

Pilihanraya Sepanyol

Satu peristiwa besar mungkin bakal berlaku di Sepanyol di mana pada 27 September 2015 ini pilihanraya parlimen Catalan akan diadakan dan 135 ahli parlimen bakal dipilih penduduk catalan yang seramai 7.5 juta, kira-kira sama jumlahnya dengan populasi Selangor.

Menariknya, pilihanraya kali ini bakal menentukan nasib negeri Catalan sama ada akan merdeka  menjadi sebuah negara atau tidak. Menurut presiden Catalan ketika ini yang memimpin parti berhaluan kiri menuntut kemerdekaan Catalan dari Sepanyol.

Sekiranya partinya menang pada pilihanraya kali ini, beliau akan mengetuai  satu kerajaan peralihan di mana dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pilihanraya tersebut, mereka akan menubuhkan bank pusat Catalan dan bakal mempunyai sistem cukai sendiri.

Bendera Catalan bukan Selangor. Foto : The Telegraph

Terkeluarnya Barcelona dari La Liga

Secara sejarahnya, Catalan mula dijajah pada tahun 1714 di mana pasukan tentera Madrid dan Perancis berjaya menawan kota Barcelona mengakibatkan Catalan hilang kemerdekaannya.

Jika Catalan keluar dari Sepanyol, perubahan lanskap bola sepak eropah dan Sepanyol khususnya bakal berlaku.

Terdapat 10 kelab bola sepak yang utama di Catalan; Barcelona, Barcelona B, Espanyol, Espanyol B, Girona, Nastic Tarragona, Llagostera, Lleid, Reus dan Sabadell. Kesemua mereka adalah pasukan professional dan hanya Barcelona dan Espanyol yang bermain di La Liga.

Pemain Barca ramai berasal dari Catalan

Dengan merdekanya Catalan, maka Barcelona dan Espanyol bakal terkeluar dari saingan La Liga menurut presiden La Liga, Javier Tebas. Ini kerana kedua-dua kelab bakal tertakluk kepada Catalan FA yang bernaung secara terus di bawah UEFA nanti.

Malah, menteri sukan Sepanyol juga mengeluarkan kenyataan yang sama apabila beliau menggesa semua kelab dari Catalan agar keluar dari La Liga yang bernaung di bawah FA Sepanyol.

Jika ini berlaku, Barcelona kemungkinan bakal kehilangan pemain-pemain utamanya. Selama ini Barca menjana keuntungan yang lumayan dari menjual hak siaran perlawanannya ke antarabangsa, kerana bermain di La Liga yang cukup berprestij.

Liga Catalan?

Liga Catalan, jika ditubuhkan, bakal memakan masa untuk menjadi sebuah liga yang gah dan menarik penonton dari serata dunia seperti La Liga sekarang, lebih-lebih lagi Barcelona semestinya bakal mendominasi liga untuk jangka masa yang panjang dan ini menyebabkan liga ini dianggap tidak kompetitif, seterusnya sukar untuk menarik pembida hak penyiaran.

Kantung kewangan Barca bakal mengecut dan mungkin terpaksa melepaskan pemain-pemain utamanya, terutamanya pemain yang bukan berasal dari Catalan seperti Leo Messi, Luis Suarez dan Neymar.

Pique – antara pemain yang lantang menyokong kemerdekaan Catalan

Melalui liga baru juga bakal menyaksikan Barcelona akan menghadapi jalan yang panjang untuk bermain di UEFA Champions League. Ketika ini Barcelona layak secara automatik ke UCL kerana ranking La Liga di tempat teratas ranking liga-liga eropah, jauh meninggalkan Liga Inggeris, Jerman dan Itali.

Jika menjadi juara (semestinya jadi juara) liga Catalan, Barca bakal bermula dari pusingan pertama kelayakan ke UCL, bersaing bersama-sama kelab dari Wales, Iceland, Estonia dan kelab-kelab kerdil lain.

Namun, persoalannya, adakah pemain bintang yang sedia ada di Nou Camp sanggup mengorbankan rehat musim panas?

Walaubagaimanapun, Barcelona atau Espanyol masih boleh memohon untuk bermain di La Liga tetapi mereka perlu bermain di bawah panji Sepanyol seperti yang dilakukan Swansea di England dan Monaco di Perancis.

Pemain Sepanyol Dari Catalan

Selain itu, pasukan kebangsaan Sepanyol juga dilihat bakal kehilangan pemain utama meraka. Sejak Sepanyol menjadi menguasai arena bola sepak eropah dan dunia, ramai pemainnya berasal dari Catalan seperti berikut :

Antara pemain berasal dari Catalan.

Malah pemain-pemain yang telah bersara seperti Xavi Hernandez dan Joan Capdivilla. Tidak lupa juga pemain-pemain hebat yang belum menjadi pemain tetap untuk Sepanyol seperti Cristian Tello, Gerard Deulofeu, Alex Vidal, Bojan Krkic, Sergi Samper, Martin Montoya, Marc Muniesa dan ramai lagi!

Pastinya pasukan bola sepak Catalan pastinya akan layak ke piala Dunia dengan satu percubaan, sebaliknya pasukan Sepanyol akan menjadi sedikit lemah dengan ketiadaan pemain-pemain ini.

Apapun, kesemua ini hanyalah satu kemungkinan yang akan berlaku sekiranya parti pro kemerdekaan memenangi pilihanraya parlimen di Sepanyol, dan proses perubahan akan memakan masa yang lebih lama.

Sayang sekali apabila dinasti bola sepak berubah gara-gara impak dari persengketaan politik.

Baca Juga

Baca Juga