Pique Mahu Bersara Daripada Skuad Sepanyol

Pertahanan Barcelona, Gerard Pique berkata dia bersedia untuk berundur daripada pasukan kebangsaan Sepanyol sekiranya kehadirannya dianggap sebagai satu ‘masalah’ kepada ketua jurulatih, Julen Lopetegui atau Federasi Bola Sepak Sepanyol, dek pendiriannya menyokong kemerdekaan Catalonia.

Pique berkata demikian dalam satu temuramah yang penuh emosi selepas perlawanan antara Blaugrana menentang Las Palmas di Nou Camp, yang dilangsungkan dalam stadium kosong sebagai memprotes letusan keganasan yang berlaku pada hari pengundian referendum kemerdekaan Catalonia.

Menurut satu laporan rasmi, 750 orang awam cedera selepas pihak berkuasa menggunakan peluru getah dan baton untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.

Pique, yang telah dirakamkan membuang undi pada sebelah pagi, bermain penuh dalam perlawanan menentang Las Palmas pada sebelah petangnya, sebelum sudi berbicara dengan wartawan selepas tamat perlawanan.

“Engkau undi ya, tak atau engkau tinggal je kertas undi tu kosong. Yang penting engkau mengundi. Dalam era Franco, kami memang tak dapat nak pertahankan idea kami,” kata Pique kepada wartawan, sambil membandingkan era ini dengan era pemerintahan kuku besi Jeneral Franco.

Jeneral Franco – pemerintah kuku besi di Sepanyol. Kezalimannya jauh lebih teruk daripada FAM selama 30 tahun | Gambar : Independent

“Aku bangsa, dan aku berjiwa Catalan dan aku bangga dengan orang Catalan, dengan perangai depa, macam yang aku perhati selama tujuh tahun,” tambahnya lagi. Air mata jantannya mula bergenang ke pipinya yang gebu dek selalu menggunakan Safi Rania Gold.

Pada hari tersebut, polis dan Guardia Civil yang cuba menutup pusat pembuangan undi dan telah menyebabkan pertempuran dengan orang ramai lantas presiden Catalonia menyifatkan perkara ini adalah “tidak wajar, tak rasional dan tidak bertanggungjawab”.

Pique turut lantang mengkritik Perdana Menteri Sepanyol, Datuk Seri Mariano Rajoy dengan berkata,” Selepas apa yang terjadi, itu adalah pengalaman yang paling teruk pernah aku alami selaku seorang yang professional.

“Hari ni merupakan hari yang sukar. Ada keluarga, kanak-kanak, orang tua, dan police serta Guardia Civil tiba-tiba nak halang. Apekes?!” separa menjerit Pique bersuara.

“Orang ramai keluar memprotes tanpa keganasan kot! Aku rasa diorang patut cuba hentikan proses pengundian tu dengan cara yang aman.

“Semua orang nampak apa yang jadi. Diorang buat keadaan jadi lebih teruk!

“Ini adalah keputusan yang paling teruk dalam tempoh 50 tahun. Diorang dah asingkan Catalonia daripada Sepanyol dan nanti akan ada kesan yang lebih mendalam,” tambah Pique lagi. Giginya diketap rapi. Air matanya sudah mula kering, namun wajahnya semakin merah menahan amarah.

Ketika ditanya masa  depannnya bersama skuad Sepanyol, Pique menjawab ringkas.

“Jujurnya, aku rasa aku boleh je sertai pasukan kebangsaan kerana aku yakin ada beribu lagi yang tak setuju dengan apa yang berlaku.

“Tapi..tapi…tapi.kalau jurulatih (Lopetegui) atau siapa-siapa dari Federasi yang rasakan kehadiran aku dalam pasukan kebangsaan adalah satu gangguan, aku akan angkat kaki dan tinggalkan pasukan sebelum 2018,” tambah Pique lagi.

Sumber : Mirror Football

Baca Juga

Baca Juga