Pique Menangis Disebabkan Keganasan Polis Di Barcelona Yang Menuntut Kemerdekaan Catalonia

Gerrard Pique mengalirkan air mata mengenangkan nasib penduduk wilayah Catalonia yang menjadi mangsa keganasan polis ketika mereka mahu membuat undian dalam satu referendum (pungutan suara) untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan.

Datuk Bandar Wilayah menyebut hampir 460 orang cedera ketika Polis Anti Rusuhan cuba menghalang orang ramai memasuki pusat pengundian selepas kerajaan Sepanyol mengisytiharkan tentang pengharaman pengundian tersebut.

Pique menyifatkan keputusan kelab untuk bermain di disebalik pintu tertutup (tanpa penyokong) di Nou Camp merupakan satu pengalaman paling teruk pernah beliau hadapi sepanjang karier sebagai pemain bola sepak.

Kosong stadium yang mampu memuatkan 90 000 penyokong. Foto : Reuters

Dengan linangan air mata yang bergenang di depan wartawan, Pique berkata :

“Tiada perlakuan yang agresif ditunjukkan dari orang ramai hari ini tetapi pihak polis telah bertindak (ganas) seperti mana yang mereka lakukan hari ini”

Barcelona telah meminta perlawanan ditangguhkan tetapi mereka bakal kehilangan mata serta akan dikenakan pemotongan 3 mata tambahan. Maka Barcelona membuat keputusan untuk meneruskan perlawanan tetapi tanpa penonton sebagai tanda protes.

“Sangat sukar untuk bermain tanpa penyokong selepas apa yang berlaku di Catalonia skearang. Ini pengalaman paling teruk sebagai seorang pemain” luah Pique.

“Datuk nenek keluar membawa cucu mereka harini untuk mengundi dan biarlah gambar berbicara ap yang berlaku kepada mereka.

“Semua tunjuk perasaan yang diadakan tanpa unsur keganasan tetapi orang ramai dapat lihat tindakan yang dilakukan oleh pihak polis dan aku fikir akan ada implikasi dari tindakan tersebut.”

Pemain Barca Memakai Baju Bewarna Bendera Catalan. Foto : Getty Images

Pihak tidak menyatakan sama ada beliau salah seorang pemain yang menyuarakan pendapat supaya perlawanan ditangguhkan di dalam bilik persalinan dan hanya menjawab :

“Terdapat beberapa pendapat samada mahu bermain atau tidak perlawanan pada hari ini.

“Keputusannya pihak liga dan Las Palmas mahu perlawanan diteruskan. Terdapat banyak pendapat tapi akhirnya Barcelona memutuskan untuk bermain.

Pique juga dikecam kerana menyokong referendum kemerdekaan Catalonia sedangkan beliau bermain untuk Sepanyol dan bakal menyertai pasukan kebangsaan pada minggu ini.

“Dengan menyokong pungutan suara ini anda layak mengundi untuk menyokong atau tidak kemerdekaan ini atau anda boleh saja untuk membuat undi rosak tapi anda masih mengundi.”

“Sudah banyak tahun orang ramai tidak dibenarkan mengundi dan mengundi adalah hak yang perlu dipertahankan dengan sebaik mungki mengikut lunas undang-undang.”

“Aku orang Catalan dan berjiwa Catalan dan hari ini aku sangat bangga menjadi rakyat Catalan.”

“Aku fikir aku boleh terus bermain untuk Sepanyol kerana ramai lagi rakyat dari seluruh negara yang percaya dengan demokrasi dan menentang tindakan polis.

Penyokong Barca tidak dapat masuk ke stadium. Fot : Getty Images

Pique juga bersedia meninggalkan pasukan Sepanyol jika beliau menjadi beban dan menganggap kerajaan pemerintah sekarang sentiasa menipu.

“Jika pengurus atau FA Sepanyol rasa aku sebagai satu masalah, aku tiada masalah untuk mengundur diri dan meninggalkan pasukan.

“Kami menentang parti pemerintah yang sentiasa menggunakan segala kemungkinan yang ada untuk menipu sehingga ada yang percaya bahawa penduduk Catalan adalah jahat. Kami tidak jahat dan kami hanya mahu mengundi.

Ketika ditanya bagaimana beliau mampu bermain selama 90 minit menetang Las Palmas, Pique menjawab :

“Aku hanya mahu perlawanan tamat secepat mungkin”

Pique menambah bahawa beliau fikir polis akan tetap menghalang undian itu tetapi secara aman dan bukan cara keganasan. Tindakan polis ini menyebakan jurang antara penduduk Catalan dan Sepanyol semakin renggang.

Begitu kentalnya Pique menyokong kemerdekaan Catalonia sekental aksi beliau di bahagian pertahanan.

Baca Juga

Baca Juga