Pique Muat Naik Penyata Bank Untuk Membuktikan Beliau Benar-benar Menerima Pemotongan Gaji

Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique telah berkongsi gambar penyata akaun bank miliknya di laman media sosial, selepas beliau didakwa tidak menerima pemotongan gaji.

Untuk membuktikan yang beliau benar-benar menerima pemotongan gaji, Pique memutuskan untuk memuat naik penyata akaun bank miliknya di laman twitter beliau.

Gaji pemain berusia 34 tahun itu bersama rakan sepasukannya Sergio Busquets dan Jordi Alba dilaporkan telah dibocorkan oleh wartawan Sepanyol, LIuis Canut.

Wartawan tersebut mendakwa yang Pique masih lagi menerima gaji bernilai £450,000 seminggu, menjadikan beliau penerima gaji tertinggi kelab pada ketika ini.

Pique kemudiannya memuat naik gambar payslip terbarunya di laman media sosial, dan turut berkongsi semula dakwaan palsu dari Canut.

“Perangai macam ini akan kenakan bayaran untuk television awam demi mempertahankan rakan dia. Di sini 50% gaji yang saya terima pada 30 Disember. Hargai diri kamu sedikit.”

Tulis Pique di laman media sosial miliknya.

Gambar yang dimuat naik oleh Pique menunjukkan yang beliau hanya menerima €2.3 juta sahaja sepanjang tahun, bermaksud ia jauh lebih kurang berbanding apa yang sepatutnya beliau terima.

Masalah kewangan Barcelona sendiri telah menyebabkan pihak kelab terpaksa melepaskan Lionel Messi kerana mereka tidak mampu untuk mendaftarkannya.

Mereka bahkan pada ketika ini sedang berusaha untuk mengurangkan gaji pemain, dalam usaha untuk mendaftarkan Ferran Torres.

Gergasi Catalan itu telah mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan pemain senior mereka, dengan menganggap tuduhan dari Canut itu hanyalah palsu semata-mata.

“Ia adalah dakwaan palsu yang mengatakan pemain-pemain seperti yang disebutkan itu menerima 100% dari gaji mereka.”

“Pique, Busquets dan Alba telah menandatangani kontrak baru dengan pemotongan gaji 50% dari gaji asal mereka pada musim panas lalu.”

“Kami anggap ia perbuatan tak sopan dan tak profesional dan ia dilakukan dengan niat tak baik kerana mendedahkan maklumat palsu seolah-olah ia maklumat tepat. Kami terkilan kerana ia melibatkan data peribadi pemain dan ia hanya boleh didedahkan sekiranya dibenarkan, ia maklumat yang benar-benar sulit.”

Pique telah membuat 16 penampilan dalam saingan La Liga musim ini dan beliau merupakan pemain terpenting kelab di bawah kendalian kedua-dua pengurus Ronald Koeman dan Xavi Hernandez.

Bercakap soal gaji, Xavi kini sedikit pening kepala dalam menguruskan kontrak anak-anak buahnya, dengan Ousmane Dembele antara yang paling menyusahkan.

Xavi Speechless dengar gaji yang Dembele minta

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez dilaporkan speechless mendengar permintaan Ousmane Dembele berkait tawaran lanjutan kontraknya.

Selepas mendengar permintaan merapu dari Ousmane Dembele, Barcelona sepertinya akan lebih memilih untuk melepaskan saja pemain yang banyak merugikan kelab itu.

Xavi pada ketika ini sedang dalam usahanya untuk menaikkan semula Barcelona selepas beberapa tahun gergasi Catalan itu seolah-olah hilang pedoman.

Keadaan huru hara Barcelona baik di dalam mahupun di luar padang menyebabkan mereka kini ketinggalan jauh berbanding kelab-kelab gergasi Eropah yang lain.

Pihak kelab telah menandatangani Ferran Torres pada jendela perpindahan Januari ini dengan mereka turut meminjamkan Philippe Coutinho kepada Aston Villa.

Melepaskan Coutinho jelas sekali satu keputusan yang bijak dari Barcelona, dengan mereka kini terselamat dari perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar gaji pemain.

Antara pemain yang masa depan beliau masih belum jelas di Nou Camp adalah Ousmane Dembele dengan kontrak beliau bersama kelab akan tamat pada penghujung musim ini.

Barcelona sebenarnya masih berhasrat untuk mengekalkan Ousmane Dembele, selepas mereka banyak berhabis duit menanggung kos rawatan beliau.

Dembele walau bagaimanapun telah dikaitkan dengan bakal meninggalkan Barca dan beliau berkemungkinan memang akan dilepaskan kelab kerana permintaan mengarutnya berkait tawaran kontrak baru.

Permintaan beliau telah menyebabkan Xavi Hernandez speechless dan seolah-olah tidak percaya Dembele tergamak meminta sesuatu yang tak masuk akal seperti itu.

Menurut sumber laporan dari media Jerman, Florian Plettenberg, pemain sayap Perancis itu telah meminta £36 juta kepada kelab untuk kontrak baru beliau.

Ia bermaksud Dembele mahukan gaji bernilai £700,000 seminggu seandainya Barcelona mahu terus menggunakan khidmatnya.

Dembele turut dikaitkan dengan bakal menyertai beberapa kelab lain termasuk Bayern Munich, dengan Plettenberg mengatakan permintaan beliau itu akan menyebabkan pihak kelab melepaskannya.

Laporan sama turut menyatakan yang Robert Lewandowski merupakan penerima gaji tertinggi kelab yang menerima £325,000 seminggu.

£325 ribu merupakan angka tertinggi yang diterima oleh pemain Bayern Munich dan ia separuh dari jumlah yang Ousmane Dembele minta kepada Barcelona.

Jadi jelas sekali Bayern Munich tidak akan mampu untuk memberikan Dembele apa yang beliau mahukan dan sudah tentu pemain berusia 24 tahun itu tidak akan mahu ke Jerman.

Satu hal yang pasti, rekod kecederaan Ousmane Dembele juga bakal menjadi satu masalah kepada calon kelab barunya, kerana tiada kelab yang mahu menanggung gaji dan bil hospital beliau yang tinggi.

Sejak menyertai saingan La Liga, Dembele hanya beraksi sebanyak 86 perlawanan sahaja sepanjang tempoh lima tahun beliau di Nou Camp.

Musim ini, beliau hanya tiga kali sahaja diturunkan dalam kesebelasan utama dan dua kali dimasukkan sebagai pemain gantian.

Selain Bayern Munich, beberapa pasukan dari saingan Premier League seperti Newcastle dan Manchester United juga dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan Dembele.

Menurut sumber satu laporan dari Sepanyol, pemain sayap itu berkemungkinan akan dihantar ke Old Trafford, dengan Barca mahu mengajak Man Utd melakukan pertukaran pemain.

Barcelona sangat berminat untuk mendapatkan Anthony Martial yang kini dilaporkan tidak gembira di Old Trafford, dengan menawarkan Dembele sebagai pengganti.

Walau bagaimanapun, jika dilihat kepada permintaan Dembele, hanya Newcastle United sahaja yang akan mampu untuk menerima permintaan beliau itu.

Walau bagaimanapun, akan menjadi sangat dungu andai Newcastle menerima permintaan dari Dembele itu, kerana nilai yang beliau minta memang tidak berbaloi untuk pemain sepertinya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemain Barcelona Bengang Dengan Joan Laporta