Pique Telah Diberitahu Oleh Xavi Yang Khidmatnya Tidak Lagi Diperlukan

Pemain pertahanan legenda Sepanyol, Gerard Pique telah diberitahu oleh Xavi yang beliau sebenarnya tidak lagi diperlukan di Nou Camp.

Xavi dikatakan bercakap terus dengan bekas rakan sepasukannya itu yang beliau tiada perancangan untuknya bermula musim baharu nanti.

Laporan sama turut mendedahkan yang sikap tidak profesional Pique di luar padang menjadi sebab tentang mengapa beliau tidak lagi diperlukan oleh kelab.

Keadaan fizikal pemain berusia 35 tahun itu yang semakin merosot juga dikatakan antara punca mengapa beliau akan dilepaskan oleh pihak kelab.

Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, SPORT, perkara paling Xavi pentingkan terhadap bekas rakan sepasukannya itu adalah tentang minatnya untuk terus beraksi.

Barcelona walau bagaimanapun dikatakan masih mempunyai hutang tunggakan gaji bersama pemain pertahanan itu bernilai £34.3 juta.

Sporting of football Barcelona, Mateu Alemany dikatakan akan berusaha meyakinkan Pique supaya mengurangkan hutang tersebut dan pihak kelab akan melangsaikannya selepas ini.

Xavi dipercayai telah bercakap sendiri dengan Pique secara peribadi dan memberitahunya yant beliau sudah tidak ada dalam perancangan Barcelona musim hadapan.

Xavi menegaskan yang beliau sudah ada perancangan untuk bawa Barca maju lebih jauh, namun Pique langsung tidak ada dalam perancangannya itu.

Pengurus Barcelona itu dikatakan mahu membina semula skuadnya dan mahu mencipta gandingan baru di posisi pertahanan yang boleh beliau harapkan.

Menurut Xavi sendiri, Pique sebenarnya sudah tidak boleh memberikan apa-apa dan tak ada langsung kriteria yang beliau mahukan.

Laporan sama turut mendedahkan yang Pique sangat yakin yang beliau masih lagi mampu menjadi asset hebat untuk Xavi dan Barcelona sendiri.

Ya, Xavi anggap Pique dah tak berguna walau seduit, dan pemain pertahanan itu pula yakin beliau asset yang hebat.

Gerard Pique telah membuat 602 penampilan bersama gergasi Catalan itu dengan beliau pada ketika ini masih belum mahu menyerah dan masih mahu terus berjasa untuk Barcelona.

Beliau menegaskan yang dirinya kini sedang berlatih dengan sangat gigih untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya dan beliau turut sanggup ketepikan minatnya di luar padang untuk memastikan beliau berjaya.

Pique merupakan pemilik kepada Kosmos Holding, yang mana ia merupakan media pelaburan sukan dan beliau menjadi Presiden kepada syarikat tersebut bersama empat rakan kongsinya termasuk Hiroshi Mikitani.

Hiroshi Mikitani pula merupakan pemilik utama kepada penaja utama Barcelona, Rakuten dan ia jelas menunjukkan Barca sendiri perlu tunduk kepada Pique andai mereka tak mahu ada masalah.

Pemain berbakat Sevilla, Jules Kounde merupakan antara salah satu nama yang disebut-sebut oleh Xavi sebagai calon terbaik untuk menggantikan Gerard Pique.

Walau bagaimanapun, kebarangkalian untuk Pique kekal bersama Barcelona adalah 99% dengan kontrak beliau bersama kelab juga akan tamat pada 2024 nanti.

Beliau langsung tidak pernah menyebut mahu bersara lebih awal atau merancang untuk meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini.

Pique kembali sertai kelab pada tahun 2008 lalu selepas beliau meninggalkan gergasi Premier League, Manchester United.

Sejak itu, beliau telah berjaya memenangi tiga gelaran Champions League, lapan gelaran La Liga, tiga gelaran FIFA Club World Cup, tujuh gelaran Copa del Rey, enam gelaran Spanish Super Cup dan tiga gelaran UEFA Super Cup.

Sepanjang kariernya bersama Barcelona, pemain veteran Sepanyol itu berjaya menjaringkan 53 gol dari 602 penampilan bersama gergasi Catalan itu.

Beliau turut dianggap antara pertahanan terhebat sepanjang zaman Sepanyol dan Barcelona sendiri, namun kini, sepertinya khidmat beliau sudah tidak diperlukan oleh kelab lagi.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pique Muat Naik Penyata Bank Untuk Membuktikan Beliau Benar-benar Menerima Pemotongan Gaji