Pirlo Menyatakan Buah Fikirannya Mengenai Penghijrahan Ronaldo Ke Juventus

Ronaldo mengejutkan dunia bola sepak apabila mengambil keputusan untuk meninggalkan Real Madrid selepas 9 tahun bersama kelab tersebut. Ronaldo diumumkan secara rasmi sebagai pemain Juventus pada hari Isnin lalu dengan Real Madrid dilaporkan menerima sekitar €100 juta bagi yuran perpindahan Ronaldo.

Ramai yang terkejut dengan keputusan Ronaldo memilih Juventus tetapi beliau memilih untuk menyertai kelab juara Itali itu kerana saiz kelab itu yang besar, dari mengambil pilihan mudah untuk bersara di China atau Qatar.

Ramai pemain ternama dunia memilih Asia sebagai destinasi untuk bersara dengan matlamat mencari sebanyak mungkin duit sebelum mereka menggantung kasut. Bekas pemain tengah Barcelona, Xavi Hernandez kini sedang bermain di Qatar bersama kelab Al-Sadd.

Tu dia. Pemain atas 30 tahun paling mahal di dunia

Liga Super China menjadi destinasi paling popular bagi pemain yang ingin mencari duit poket lebih terutamanya pemain berasal dari benua Amerika Selatan. Carlos Tevez, Oscar, Paulinho, dan Hulk antara contoh yang berhijrah ke Asia semata-mata kerana duit.

Selain itu, Andres Iniesta dan Fernando Torres juga memilih untuk bermain di Jepun musim hadapan selepas menerima tawaran lumayan untuk bermain di J-League.

Ronaldo juga memuji tindakan Juventus yang berani mengeluarkan duit yang banyak untuk menandatangani pemain berusia 33 tahun dan penghijrahan Ronaldo ini juga telah menarik perhatian pemain Lagenda Italy dan Juventus, Don Carleon Andrea Pirlo.

Pirlo merupakan insan yang dapat memahami perpindahan Ronaldo kerana lelaki yang tenang is good itu juga telah menyertai Juventus pada usia 30-an dari pasukan AC Milan yang sinonim dengan Encik Jimie.

Too Much Class In 1 Picture!

Ketika ditemuramah oleh Sky Sports Italia, Pirlo berkata :

“Cristiano Ronaldo boleh membawa sesuatu yang lebih dan itulah yang diperlukan Juventus.”

“Aku sangat gembira kerana seorang juara yang agung menyertai Juve. Membeli pemain seperti Ronaldo tidak akan membuatkan kau memenangi Champions League sendirian tetapi akan membawa kau lebih dekat kepada gelaran juara.”

Pirlo percaya pembelian Ronaldo tidak akan menjamin Old Lady menjulang Champoins League tetapi akan memberi perbezaan besar dan dapat membantu Juventus ke arah itu. Pirlo sangat memahami bola sepak bukan permaianan individu tetapi secara berpasukan.

“Ronaldo seorang pemain yang mempunyai keseimbangan dan mampu membantu Juventus memenangi Champions League.”

“Beliau pemain yang power yang akan membawa perbezaan dan kita akan menyaksikan sesuati yang cantik.”

“Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan, Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan.”

Tenang is good. Gambar : http://www.mainlinemenswear.co.uk/blog/2014/world-cup-style-icon-andrea-pirlo

Pirlo menyertai Juventus pada usia 31 tahun dari AC Milan selepas pasukan Rossoneri merasakan Pirlo terlalu tua dan berada di peringkat penurunan prestasi, namun Pirlo membuktikan sebaliknya bersama Juventus.

Di Turin Pirlo telah menukar cara permainannya dan bermain di posisi lebih menyerang dengan prestasinya lebih mencanak-canak. Selama 4 musim Pirlo membantu Old Lady memenangi 4 gelaran Serie A dan membawa Juve ke final Champions League.

Pada tahun lalu Andrea Pirlo telah mengejutkan dunia bola sepak dengan satu berita yang mendukakan apabila telah mengumumkan persaraan beliau dari dunia bola sepak pada usia 38 tahun.

Pirlo telah dinobatkan sebagai salah seorang pemain terbaik dunia dalam generasinya dan juga antara pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman telah bermain bersama Brescia, Inter Milan, AC Milan dan Juventus

Pemain yang digelar Chuck Norris Italy ini juga telah berjaya membantu Italy menjulang Piala Dunia 2006 dan saat yang paling diingati hingga kini adalah sepakan panenka yang dilakukan ketika mengambil penalti.

Pemain berusia 38 tahun mempunyai rekod yang menakjubkan sepanjang kariernya, di mana beliau telah memenangi enam Serie A bersama Juventus dan AC Milan, dua Champioins League dan satu Piala Dunia sejak mula bermain secara professional pada 1995.

Inter Milan : 1998 – 2001
AC Milan : 2001 – 2011
Juventus : 2011 – 2015
New York City FC : 2015 – 2017 (Bersara)

Bersama Inter, Pirlo hanya berjaya bermain sebanyak 22 perlawanan dalam tempoh tiga tahun sebelum berpindah ke Milan dan rezekinya ternyata di Rossoneri di mana dia berjaya memenangi Champions League dua kali, dan Serie A juga dua kali.

Pada tahun 2011 Pirlo menyertai Juventus dan ini dilihat seolah-olah Milan menyerahkan takhta Serie A secara terus kepada Juventus. Bersama Bianconeri, Pirlo berjaya memenangi Scudetto empat kali berturut-turut selain membantu kelab Turin tersebut layak ke perlawanan akhir Champions League pada tahun 2015.

Baca Juga

Baca Juga