Piya, Apek Dan Norfarhan Ke Pulau Pinang Musim Hadapan?

Nama Khairul Fahmi Che Mat, Badri Radzi dan Norfarhan sedang hangat dikaitkan dengan Naib Juara Liga Perdana 2015, Pulau Pinang bagi menghadapi Liga Super 2016.

Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F. Tiago ketika ditemui semalam mengesahkan berita berkenaan sekadar khabar angin semata-mata.

“Itu semua khabar angin. Kita sekarang hanya fokus untuk melangkah ke pusingan suku akhir Piala Malaysia dan mengakhiri musim ini dengan baik.”

Tambahnya lagi, “Segala ura-ura mengenai perpindahan pemain untuk musim 2016, saya rasa kita tidak sepatutnya cakap lebih dari apa yang perlu kerana sekarang fokus kami hanya untuk Piala Malaysia”.

piya-apek

Sementara itu, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Haji Ismail Md Noor ketika ditanya mengenai desas-desus beberapa pemain tonggak berhasrat untuk meninggalkan kem Kelantan pada musim depan akibat masalah gaji, ini jawapan Ismail:

“Saya tiada maklumat. Perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan pada setiap tahun.”

Dalam kalangan peminat dan pemerhati, nama pemain tengah Badhri Radzi, penyerang Nor Farhan Muhammad dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat disebut-sebut bakal membuat penghijrahan ke Pulau Pinang pada musim depan.

Pengurus pasukan Kelantan turut dihubungi menerusi panggilan telefon untuk diminta menjelaskan khabar angin tersebut, namun tidak berjaya. Sebaliknya, pertanyaan menerusi SMS dijawap ringkas:

“Boleh tanya pemain sendiri hal tu.”

Baca Juga

Baca Juga