Play-Off Kelayakan ACL 2019 : Seoul FC 4-1 Kedah

Hasrat Kedah untuk ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC tersangkut di Korea Selatan apabila tewas 4-1 dalam perlawanan play-off Play-Off Kelayakan ACL 2019.

Malang buat Kedah apabila terpaksa bermain 10 orang selepas Renan Alves dilayangkan kad kuning kedua selepas membuat satu tangkapan kemas.

Biasa main bola baling barangakali.

Kedah bertemu Seoul FC selepas berjaya menewaskan Woofoo Tai Po FC dengan penuh bergaya.

Seoul FC berjaya menewaskan Kedah dalam aksi play off Liga Juara Juara AFC 2020. Sekaligus menamatkan cabaran Kedah dalam pusingan kelayakan kali ini.

Seoul FC ternyata di kelas tersendiri, seperti yang dijangka. Mereka mendominasi setiap aspek dalam perlawanan ini.

Kedah memiliki peluang awal menerusi Kipre. Namun lambungan beliau berjaya dinafikan penjaga gol pasukan lawan.

Shahril Saari cemerlang di gawang Kedah meskipun pasukannya kalah. Beliau menafikan banyak sekali percubaan Seoul FC, dalam aksi yang berlangsung di stadium Piala Dunia Seoul.

Tugas menjadi lebih mudah apabila Renan Alves dibuang padang. Ianya gara beliau menampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti.

Bekas pemain Arsenal, Park Chu Yong dengan mudah menewaskan Shahril Saari menerusi sepakan penalti yang diberikan kepada mereka.

Bersambung babak kedua, hanya empat minit diperlukan oleh pasukan tuan rumah untuk menambah satu lagi gol. Park Dong-Jin menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-49.

Kedah kemudian terus buntu dan sukar untuk berhadapan dengan pasukan dari Korea Selatan itu. mereka terpaksa berhempas pulas untuk mengelak daripada dibolosi dengan lebih banyak.

Walaubagaimanapun Kedah mendapat gol saguhati pada minit ke-52. Ianya selepas Osmar Barba tetampan bola ke gawang sendiri.

Namun begitu Osmar Barba menebus kesilapan beliau dan menambah lagi derita pasukan Kedah apabila berjaya menjaringkan gol ketiga untuk Seoul FC pada minit ke-63.

Ikromjon Alibaev seolah-olah menyapu garam pada luka sang Helang Merah. Beliau menjaringkan gol keempat Seoul FC pada masa kecederaan dan itu adalah gol terakhir pada malam itu.

Walaupun tewas, Kedah mendapat satu pengalaman berharga dan akan menjadi pemangkin buat pasukan daripada Malaysia untuk ke Liga Juara-Juara AFC melalui pusingan kelayakan.

Kelayakan ACL 2019 : Kedah 5-1 Tai Po FC

Kedah turun dalam perlawanan pusingan kelayakan ke-2 AFC Champions League(ACL) atau Liga Juara-Juara AFC menentang kelab dari Hong Kong Tai Po FC di Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah.

Kedah mendapat tempat dipusingan kelayakan selaku juara Piala FA 2019 dan jika menang ke atas Tai Po FC akan menentang FC Seoul di Seoul World Cup Stadium pada 28 Januari.

Menang menentang FC Seoul bermakna Kedah akan mencatat sejarah tersendiri mara ke peringkat kumpulan kejohanan paling agung di Asia itu dan menjadi pasukan kedua mengikut jejak langkah JDT.

JDT mendapat tempat secara automatik buat kali kedua berturut-turut selepas menjadi juara Liga Super.

Kedah berbelanja besar musim ini dengan anggaran bajet RM32 juta bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2020 dan Aksi Kelayakan Kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020.

Perbelanjaan ini merangkumui Pasukan Piala Presiden bawah 21 tahun, Pasukan Piala Belia bawah 19 tahun, Pasukan Lang Muda bawah 17 tahun dan bawah 14 tahun, pasukan bola sepak wanita, pasukan futsal lelaki dan wanita, pasukan bola sepak pantai serta program Kedah Kenari Kid.

Kedah Nyata serius untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi musim ini.

Kelayakan ACL 2019 : Kedah 5-1 Tai Po FC

Pemain import baharu Kedah yang kurang menonjol dalam perlawanan persahabatan pra-musim telah mula menunjukkan taring beliau yang sebenar sebagai peledak berbisa.

Selepas tiga minit sepak mula, Tchetche Kipre telah meletakkan Kedah di hadapan selepas melakukan satu rembatan padu.

Pada minit ke-22 Tchetche Kipre telah menggandakan kedudukan untuk gol kedua Kedah dan juga gol kedua peribadi.

Tenang bekas pemain import Terengganu FC itu menolak masuk bola muntah wek-wek.

Tai Po FC terpaksa bermain 10 orang untuk baki permainan lebih kurang 60 minit selepas pemainnya, Ming Him Sun dilayangkan kad merah.

Pemain Tai Po FC, Ming Him Sun telah menarik Tchetche Kipre yang berada dalam situasi mahu mencetak hatrik dalam perlawanan ini.

Tamat separuh masa pertama Kedah mendahului dua gol dengan kelebihan seorang pemain di padang dan sudah selangkah untuk ke Korea Selatan.

Dua minit bersambung babak kedua, Hadin Azman terus melebarkan kedudukan Kedah kepada tiga gol tanpa balas.

Sentuhan penyudah Hadin Azman melalui rembatan kaki kiri telah berjaya menewaskan penjaga gol Tai Po FC.

Pada minit ke-66, Hadin Azman menjaringkan gol kedua peribadi dan itu merupakan gol ke-4 kedah. Semakin jelas jalan Kedah ke ACL.

Tai Po tidak mahu mengalah apabila Chan Man Fai menjaringkan gol pertama dalam perlawanan ini untuk tidak balik dengan tangan kosong.

Tchetche Kipre melengkapkan hatrik beliau pada penghujung perlawanan ketika permainan sudah memasuki masa kecederaan.

Kedah menang penuh bergaya dengan jaringan 5-1 ke atas Tai Po FC dua gol daripada Hadin Azman dan tiga gol daripada Tchetche Kipre.

Video rangkuman perlawanan ini diambil menggunakan kentang dan bertaraf 3gp.

FT Kedah 5-1 Tai Po FC

Tchetche Kipre 3′, 22′
Hadin Azman 47′, 66′
Chan Man Fai 68′

Kesebelasan Utama Kedah vs Tai Po FC

Berikut merupakan kesebelasan utama pasukan Kedah dan Tai Po FC:

Kedah: Ifwat Akmal, Renan, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Irfan Zakaria, Alif, Baddrol Bakhtiar, Nazari, Zaquan Adha, Hadin Azman, Tchetche Kipre, Kepah Sherman.

Pemain Gantian: Shahril, Zulkhairi, Khairul Helmi, Danel, David Rowley, Farhan, Azammuddin Akil.

Tai Po FC: Ho Yui, Runqiu Che, Ming Him Sun, Yeung Chi-Lun, Ben Van Meurs, Yuto Nakamura, Michael Luk, Kim Min-Ki, Hui Ka Lok, Dudu, Chan Man Fai

Pemain Gantian: Alex Palelei Chin, Y. Fong, T. Cheng, M. Fung, C.T Ho, Michel Lugo, Man Ng

Baca Juga

Baca Juga