PM Najib Razak Bimbang Kelantan Menarik Diri. Adakah Ini Dinamakan Sinar

PM Najib memuat naik satu status berkenaan kebimbangannya tentang pasukan Kelantan. Ianya seperti sinar matahari yang memancar di malam gelap gelita.

Ku cari cahaya dalam kegelutan warna. Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya. Ku temui dia bayang malam yang terluka. Pesona cintaku pun terbakar…

Status Facebook Dato Sri Najib Rzak

Saya bimbang bila dapat tahu ada Persatuan Bola Sepak Negeri antaranya Kelantan mahu menarik diri daripada Liga Malaysia 2017 kerana masalah kewangan.

Saya harap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan juga negeri-negeri lain yang terbabit mencari jalan mengatasi masalah kewangan ini.

Berkenaan KAFA, saya difahamkan masalah ini timbul berikutan peletakan jawatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden.

Saya telah minta Tan Sri untuk membantu KAFA, agar tidak menghampakan harapan ribuan peminat The Red Warriors.

Bola sepak adalah sukan rakyat nombor 1 dalam negara, maka penting untuk semua yang terlibat dengan bola sepak negara memastikan sukan ini terus berkembang maju.

Kita tidak boleh menghampakan berjuta peminat bola sepak negara ini terutamanya generasi muda.
Insya-Allah, dengan adanya persepakatan yang baik serta keikhlasan semua pihak, kita akan dapat mencari jalan keluar dari masalah ini.

Baca Juga

Baca Juga