PMPL : Dingoz Muncul Juara Liga Dan Kenapa Dibenci Ramai?

Dingoz MPX telah muncul juara PUBG Mobile Pro League Malaysia Singapura musim ketiga (PMPL MYSG S3) bagi peringkat Super Weekend selepas bertarung, menembak, mengebom serta menumbuk selama tiga minggu.

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG merupakan permainan bertahan hidup(survival game) buat pasukan yang bermain dan perlu saling menjatuhkan sehingga pasukan yang tersisa akan menjadi pemenang tunggal.

Format permainan dimainkan secara liga oleh 20 pasukan di mana setiap minggu akan ada pusingan kelayakan selama tiga hari dan pasukan 16 terbaik akan layak ke Superweekend.

Superweekend dimainkan selama dua hari iaitu sabtu dan ahad dengan 12 perlawanan dilangsungkan mata Superweekend minggu 1,2 dan 3 akan dikira untuk menetukan juara liga.

Walaupun kejohanan ini untuk Malaysia dan Singapura namun tiada wakil dari Singapura yang tidak lepas pusingan kelayakan selepas terciduk awal cuk.

Kejayaan Dingoz MPX ini telah melayakkan mereka mendapat slot ke PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara Musim ketiga (PMPL SEA S3).

Dingoz MPX telah mempamerkan aksi konsisten sepanjang tiga minggu samada di pusingan kelayakan dan juga Superweekend dan aksi terbaik adalah pada Superweekend kedua.

Dingoz MPX mengetepikan cabaran Team Secret yang merupakan organisasi e-spors terbesar dunia dengan kelebihan empat mata dengan mengumpul 336 mata keseluruhan.

Pasukan Yoodo Gank dan J8 Arov yang diketuai oleh dua veteran perang, Man Parang dan Boyka yang melahirkan ramai pemuda berbakat untuk menjadi pemain profesioanl hanya bermain di dua Superweekend sahaja.

Namun pasukan bimbinagan mereka masih mampu menempatkan diri di 10 pasukan terbaik dan mara ke Grand Final. Evos VIP yang diketuai oleh Yakuza juga kembali menonjol.

Antara pasukan baru yang menonjol adalah Anti Circle (AC) dibawah tajaan Soloz, Doktor Internet Taugeh Ayam (DRTA) dan Jentera Pejuang Negeri Sembilan Esports Association (JP NSEA).
.

RSG yang mempunyai pemain popular seantero FB, Vokey telah bergelut untuk menjadi 16 terbaik namun sempat mengejar di hari terakhir untuk menamatkan saingan ditangga ke-14.

Sebanyak 16 pasukan terbaik Superweekend akan bertarung di Grand Final yang akan berlangsung pada 23-26 April 2021 dan akan merebut dua lagi slot ke PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara Musim ketiga (PMPL SEA S3).

Pemain Dingoz MPX Haziq Hanafi atau In Game Name (IGN Appy) dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Superweekend 3 dan Pemain Paling Bernilai Keseluruhan bagi pada peringkat liga.

Bagi kategori Top Fragger atau pemecah atas yang mencatatkan pembunuhan paling tinggi di Superweekend telah diraih oleh pemain Anti Circle Harm dengan 47 pembunuhan.

Pemain paling bernilai dari Dingoz MPX, Appy ditangga kedua dengan 46 pembunuhan dan pemain Geek FAM, Sane dengan 43 pembunuhan.

Perlawanan hari terakhir berlangsung dengan penuh kegilaan seperti biasa terutama pada dua perlawanan terakhir dengan aksi gila dipamerkan oleh J8 dan RSG yang Barbar tanpa otak.

Malaysia dan Singapura mendapat 3 slot ke PMPL SEA dan dari sini perebutan antara negara Asia Tenggara dan mengumpul markah terkumpul musim ketiga dan keempat mendapatkan slot ke PUBG Mobile Global Champions (PMGC).

Kenapa Dingoz MPX Dibenci?

Segalanya bermula pada pusingan kelayakan untuk ke Superweekend 3 di mana Dingoz MPX telah melanggar kawasan dropspot dan mencari pasukan Yoodo Gank selepas mata mereka mencukupi untuk ke Superweekend 3.

Pada hari ketiga kelayakan Yoodo Gank cuba bangkit namun telah dicari oleh Dingoz MPX dan beberapa pasukan lain bagi memastikan Yoodo Gank tidak layak ke Superweekend 3.

Hasilnya usaha Dingoz MPX berjaya Yoodo Gank yang mendahului Superweekend 1 dan 2 dengan amat selesa mengumpul 250 berpeluang cerah untuk muncul juara gagal ke Superweekend 3.

Tercirit Yoodo Gank di kejar pada 3 perlawanan terakhir hari kelayakan. Kerja mudah untuk Dingoz MPX untuk bergelar juara PMPL peringkat liga dan dapat slot Asia Tenggara.

Apa yang dilakukan oleh Dingoz ini tidak salah dan merupakan satu taktikal atau most effective tactics available atau META yang sangat bijaksana serta genius.

Perbuatan Dingoz MPX ini nyata telah menaikkan kemarah peminat Yoodo Gank yang sememangnya mempunyai bilangan peminat yang ramai kerana kejayaan mereka.

Ada yang menyokong dan ada yang menentang walaupun tidak salah perbuatan Dingoz MPX namun telah menjejaskan keharmonian yang selama ini pasukan bertanding atas semangat fair play dan sportmanship.

Biasa situasi ini terjadi pada hari terakhir kejohanan ketika perlawanan berbaki dua tiga perlawanan seperti yang selalu dilakukan oleh J8 Arov saban tahun.

Dingoz MPX mempunyai kekuatan dan konsistensi serta berpeluang menjadi juara dengan fire power (ketepatan menembak) yang kuat berbanding pasukan lain.

Namun untuk memastikan kemenangan mudah jalan meruntuhkan keharmonian dipilih. Baru betul-betul fighter, tak goyang, main game perang takkan tisu kan?

Pada perlawanan terakhir jelas kelihatan sang juara tercirit lari dikejar oleh pasukan lain dan mati begitu saja se[erti mana sang juara memperlakukan pasukan lain.

Mujur Team Secret terkeluar tanpa mata bunuh.

BACA:  PMPL SEA Grand Final: Yoodo GANK Ke Global League Mengiringi Team Secret