PMPL SEA Grand Final: Yoodo GANK Ke Global League Mengiringi Team Secret

Pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG) Mobile Malaysia, Yoodo GANK menempah slot ke Global League mengiringi satu lagi pasukan Malaysia, Team Secret yang terlebih dahulu menempah tiket ke Global League.

Team Secret layak ke Global League selepas menjuarai Grand Final Malaysia pada April lalu dan pada kejohanan itu Yoodo GANK telah muncul naib juara.

Sebanyak tiga pasukan daripada Malaysia layak ke PUBG Mobile Pro League Southeast Asia(PMPL SEA) untuk memburu slot ke Global League iaitu pasukan Team Secret, Yoodo GANK dan Bigetron Arov.

PUBG Mobile Pro League Southeast Asia Season 1(PMPL SEA) berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei terpaksa dilangsungkan secara atas talian kerana wabak COVID19 yang melanda dunia ketika ini.

Yoodo Gank bermula dengan agak baik dan konsisten pada hari pertama dengan dua Winner Winner Chicken Dinner atau kemenangan di tempat pertama.

Kecemerlangan dan konsistensi diteruskan pada hari kedua untuk mendahului carta pada penamat hari kedua dengan mata yang agak selesa.

Hari ketiga kejohanan Yoodo GANK tidak menoleh lagi apabila mencatatkan Winner Winner Chicken Dinner pada perlawanan pertama dan menjarakkan kedudukan kepada 60 mata.

Saingan sengit diberikan oleh dua pasukan daripada Thailand RRQ Athenna dan King Of Gamer pada hari pertama dan kedua.

Kurang konsistensi daripada dua pasukan Thailand ini menyebabkan Yoodo GANK selesa mendahului pada hari terakhir kejohanan.

Team Secret bermula perlahan dan mula mengejar kedudukan lima teratas pada hari kedua dan mampu untuk mengejar kedudukan naib juara pada hari ketiga.

Bigetron Arov pula berdepan dengan masalah teknikal sejak hari pertama namun berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner pada hari kedua.

Pada perlawanan ke-14 Winner Winner Chicken Dinner diraih lagi dengan berbaki satu lagi perlawanan Yoodo GANK mengumpul 272 mata dengan kelebihan 92 mata di depan pasukan King Og Gaming(KOG).

Yoodo GANK sah sebagai juara PUBG Mobile Pro League Southeast Asia(PMPL SEA) dan membawa pulang USD30,000 beratus ribu duit Malaysia.

Yoodo Draxx telah menjadi pemain terbaik PUBG Mobile Pro League Southeast Asia Season 1(PMPL SEA) dengan catatan 45 kill jauh meninggalkan pesaing di tempat kedua.

Satu peningkatan ketara yang ditunjukkan oleh Yoodo GANK yang dianggotai oleh Man Parang dan Draxx dan diperkuat oleh di ahli baru Jumper dan Fredo.

Sebanyak enam pasukan Asia Tenggara telah mengesahkan tempat ke Global League dengan dua pasukan dari Malaysia, dua Thailand, satu Vietnam dan satu Indonesia.

1. Yoodo GANK (Malaysia)
2. Team Secret (Malaysia)
3. Illuminate The Murder (Thailand)
4. King of Gamers Club (Thailand)
5. Bigetron Red Aliens (Indonesia)
6. Box Gaming (Vietnam)

BACA:  GANK FTY Muncul Juara PUBG Mobile National Championship 2018