PMWL East Grand Final: BTR Mengekalkan Gelaran Juara Dunia

PUBG Mobile World League Easr Grand Final Season Zero(PMWL) telah melabuhkan tirainya di mana pasukan juara bertahan daripada Indonesia, Bigetron Red Aliens sekali lagi berjaya muncul juara.

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG merupakan permainan bertahan hidup(survival game) buat pasukan yang bermain dan perlu saling menjatuhkan sehingga pasukan yang tersisa akan menjadi pemenang tunggal.

Dengan kemenangan ini membolehkan lima Bocah ajaib Zuxxy, Luxxy, Ryzen, Microboy dan Alice(simpanan) membawa pulang wang kejuaraan $150,000 bersamaan Rp2,206,890,000 bersamaan RM628,125.

1. Zuxxy – Made Bagas Pramudita, 17 tahun (In-Game Leader, Scout)
2. Luxxy – Made Bagus Prabaswara, 17 tahun (Sniper, Grenadier, Supporter)
3. Ryzen – Muhammad Albi (Rusher), 18 tahun
4. Microboy – Nizar Lugatio, Umur Rahsia (Rusher, Supporter)
5. Alice – Maureen Gabriella Stephany, 19 tahun(Sniper Rifler, support)

PMWL EAST GRAND FINAL RESULT
Kedudukan 1-10

Sebelum mara ke Grand Final, BTR telah berjaya menjuarai Regular Season dengan permainan dimainkan dengan format liga dan membawa pulang $50,000.

Dengan ini wang berjumlah $200,000 telah berjaya diraih BTR dan belum dicampur dengan bonus penyertaan secara mingguan dan juara mingguan Super Weekend.

Tempat kedua Grand Final ini diraih pasukan daripada India, Orange Sports meraih $50,00 diiringi pasukan Thailand, RRQ Athena membawa pulang $20,000.

Sementara itu wakil Malaysia Yoodo GANK dan Team Secret telah mengisi dua tempat tercorot dikedudukan ke-15 dan 16.

PMWL EAST GRAND FINAL RESULT 2
Kedudukan 11-16

Dua pasukan daripada Malaysia iaitu Team Secret dan Yoodo GANK telah berjaya menempah slot secara merit untuk beraksi di peringkat Global Final ini yang sepatutnya berlangsung di Poland.

Team Secret layak ke Global League selepas menjuarai Grand Final Malaysia pada April lalu dan pada kejohanan itu Yoodo GANK telah muncul naib juara.

Yoodo GANK pula mara mencuri slot ke peringkat global mengiringi Team Secret selaku juara Asia Tenggara dan pencapaian Yoodo GANK ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Record.

Dengan kedudukan ini Yoodo GANK dan Team Secret masing-masing membawa pulang wang tunai $2,000 dan belum dicampur dengan hadiah Super Weekend dan penyertaan.

PMWL Esat pool prize
Hadiah Kejohanan PMWL East

Sementara itu pemain daripada pasukan yang berasal daripada Vietnam, Box Gaming Break telah merangkul anugerah pemain paling bernilai(MVP) PMWL East.

Pemilihan pemain paling bernilai(MVP) ini dibuat berdasarkan prestasi pemain secara individu dan pemain yang mengumpul Kill terbanyak akan dipilih.

Maka Break telah melakukan kill terbanyak dengan 35 kill dengan 7519 damage dan survival time selama 20:22 dalam 24 perlawanan yang dilangsungkan selama 4 hari ini.

Selaku pemain terbaik kejohanan, Break membawa pulang wang tunai sebanyak $10,000.

Box gaming break pmwl eat MVP
Break -MVP

Ekoran wabak yang melanda seleruh dunia ketika ini menyaksikan pintu sempadan kebanyakkan negara masih lagi ditutup maka kejohanan ini dilangsungkan secara atas talian(Online).

Masalah server menjadi musuh utama apabila kejohanan ini dijalankan secara online maka Liga dunia ini telah dipecahkan kepada East dan West.

Bahagian East di mainkan oleh pasukan daripada Asia Tenggara dan Asia Selatan. West pula terdiri daripada pasukan Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara.

The One and Only sebenar

Ekoran itu PUBG Mobile World League Grand Final Season One telah ditukar kepada season zero.

Selepas tiga minggu bertarung membabitkan 20 pasukan, Yoodo GANK dan Team Secret berjaya mara ke PMWL Grand Final dengan menjadi pasukan 16 terbaik untuk merebut hadiah $100,000.

PMWL Grand Final – Hari Keempat

Hari terakhir, hari penentuan juara telah tiba, Yoodo GANK dan Team Secret sudah menjauh dari kedudukan 5 teratas dan masih berpeluang untuk mencari kedudukan 10 teratas.

Chicken Dinner akhirnya berjaya diraih pasukan Malaysia melalui Yoodo GANK namun mereka gagal mengekalkan konsistensi begitu juga Team Secrect.

Perebutan juara masih terbuka antara Bigetron Red Aliens, RRQ Athena serta Orange Rocks dan hanya akan ditentukan pada perlawanan terakhir perlawanan ke-24

Pasukan India, Orange Rock mengganas di hari terakhir dan berjaya merampas tangga teratas buat seketika sebelum kembali di ambil Bigetron Red Aliens.

PMWL Grand Final – Hari Ketiga

Peningkatan permainan telah ditunjukkan oleh Yoodo GANK dan Team Secret apabila mencatatkan mata berganda jika dibandingkan dengan hari kedua.

Bagi Yoodo GANK pungutan mata mereka lebih banyak berbanding hari pertama dan kedua lalu berjaya keluar dari tempat tercorot. Team Secret berjaya memanjat dua anak tangga.

Hari ketiga menyaksikan pasukan daripada Taiwan, U Level Up Esports pula menguasai dengan dua Chicken Dinner dan dua kali mendapat tempat kedua tanpa perlu berperang dengan hanya bertahan hidup.

U Level Up Esports menamatkan hari ketiga di tangga ketiga naik tiga anak tangga dari tangga keenam.

RRQ Athena walaupun sedikit merosot tetap berjaya untuk menamatkan hari ketiga ditangga teratas keseluruhan dengan hanya kelebihan dua mata di depan Bigetron Red Aliens.

Hari yang malang buat Bigetron Red Aliens yang hanya mengutip 37 mata sahaja apabila gaming house mereka terputus bekalan elektrik dan mereka terpaksa berpindah ke rumah yang lain.

Hari ketiga menyaksikan kebangkitan pasukan Asia Selatan yang akhirnya berjaya meraih tiga Chicken Dinner dari tiga pasukan berbeza.

PMWL Grand Final – Hari Kedua

Hari kedua menyaksikan bekas juara dunia dan juara dunia pertama PUBG Mobile daripada Thailand, RRQ Athena mencipta kebangkitan dengan mendapat 3 Chiken Dinner.

RRQ Athena memanjat carta keseluruhan hari kedua di tangga ketiga dibelakang Box Gaming dan Bigetron Red Aliens.

Bigetron terus mempamerkan konsistensi pada hari kedua dan dengan kemerosotan Box Gaming carta keseluruhan hari kedua menjadi milik Bigetron.

Tiada peningkatan daripada Yoodo GANK dan terus menjadi pasukan tercorot dan Team Secret juga mengikut jejak Yoodo GANK turuk ke tangga 14 pada hari kedua.

Kedudukan 5 teratas Kill leader bagi hari kedua dikuasai oleh 3 pemain daripada India iaitu ZGOD, 420OP dan Gill.

Dua lagi tempat diisi oleh pemain RRQ Athena BEER11 dan Earnny.

Perlawanan terakhir hari kedua menyaksikan sejarah tercipta apabila Zon Biru berakhir dalam air dan RRQ Athena berjaya mendapat Chicken Dinner.

PMWL Grand Final – Hari Pertama

Hari pertama menyaksikan pasukan daripada Vietnam, Box Gaming mencipta kejutan dan meneruskan konsistensi mereka dengan mendahului carta liga walaupun hanya mendapat satu Chicken Dinner.

Juara bertahan Bigetron Red Aliens mengekor rapat dan mendapat tentangan sengit berbeza dengan situasi ketika mereka bergelar juara tahun lalu.

Yoodo GANK juara Asia Tenggara terus mengalami kemerosotan prestasi dan sekadar menamatkan hari pertama dengan 28 mata.

Team Secrect pula mempamerkan aksi sederhana dan menduduki tangga ke-10 dengan 43 mata namun dengan tidak jauh untuk mengejar kedudukan 5 teratas.

Kill Leader pada hari pertama dikuasai oleh 3 pemain Box Gaming iaitu Breakd Louis dan Pimay10 yang secara keseluruhan mengumpul 45 kill.

BACA:  PMPL : Dingoz Muncul Juara Liga Dan Kenapa Dibenci Ramai?