Pochettino Dan Spurs Sah Bercerai Dengan Harmoni

Tottenham Hotspur yang merupakan finalis Champions League musim 2018/19 akhirnya telah mengumumkan bahawa pengurus penuh berbakat, Mauricio Pachettino dilepaskan daripada jawatannya dengan serta merta dan bercerailah mereka.

Pengumuman ini dibuat melalui satu perutusan rasmi Tottenham Hotspur di laman sesawang rasmi mereka.

Berita ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan ibarat retak menanti belah dengan situasi terkini Spurs dan Pochettino.

Dalam pengumuman tersebut kelab telah melucutkan tugas Mauricio Pochettino dan barisan staf kejurulatihannya, Jesus Perez, Miguel D’Agostino dan Antoni Jimenez.

Pengurusi Spurs, Daniel Levi telah memberi ucapan yang mendayu-dayu berkenaan berita ini.

“Kami dengan berat hati untuk membuat perubahan ini dan keputusan lembaga ini bukan dibuat secara melulu.”

“Keputusan di peringkat domestik pada penghujung musim lalu membawa kepada awal musim ini sesungguhnya sangat mengecewakan.”

“Situasi ini membuatkan lembaga terpaksa membuat satu keputusan yang sukar. Bertambah sukar kerana terlalu banyak kenangan yang kami lalui bersama Mauricio dan pembantunya. Kami terpaksa melakukannya demi kepentingan kelab.

“Mauricio dan pembantunya akan selalu menjadi sebahagian daripada sejarah kelab. Aku sangat kagum dengan cara beliau menghadapi detik sukar ketika stadium baru dibina dan kemesraan serta sifat positif yang dibawa. Aku harus berterima kasih kepada beliau dan pembantu atas segala sumbangan yang dilakukan. Kedatangan mereka sangat dialu-alukan.”

“Kami mempunyai pasukan yang berbakat. Kami perlu memperkasakan semula dan memberi musim yang positif buat penyokong.”

Baca Juga

Baca Juga