Pochettino Gelar Pemainnya ‘Hero’ Walaupun Tumpas Di Tangan Barcelona

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino mengangkat pemainnya sebagai ‘hero’ selepas mereka hampir berjaya mengikat Barcelona ketika menentang Barcelona dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Wembley, Barcelona berjaya menewaskan Spurs 4-2 untuk meneruskan rentak kemenangan di peringkat Eropah dan kini berada di tangga teratas kumpulan B, berkongsi mata yang sama dengan Inter Milan.

Kane dianggap hero oleh Pochettino

Ia merupakan perlawanan pertama Barcelona di Stadium Wembley sejak kali terakhir menjejakkan kaki di situ pada tahun 2011, dimana mereka berjaya menewaskan Manchester United 3-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho berjaya menghukum kesilapan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris seawal minit ke-2 selepas menerima hantaran daripada Jordi Alba. Tidak lama selepas itu, giliran Ivan Rakitic pula merembat kencang dari luar kotak penalti untuk gol ke-2 Barcelona.

Spurs cuba membuat comeback pada babak kedua dengan kapten England, Harry Kane berjaya merapatkan jurang pada minit ke-52. Tetapi kegembiraan peminat Spurs tidak bertahan lama kerana Lionel Messi berjaya menjaringkan gol ke-3 Barcelona beberapa minit kemudian untuk mengekalkan kelebihan dua gol.

Sebelum menjaringkan gol tersebut, Messi tidak bernasib baik kerana dua percubaannya sekadar mengenai tiang gol walaupun penjaga gol sudah tertewas.

Messi the kambing

Erik Lamela kembali merapatkan jurang pada minit ke-66 tetapi Messi akhirnya berjaya mengesahkan 3 mata untuk Barcelona pada lewat permainan untuk menjadikan kedudukan akhir 4-2.

Ketika bercakap kepada wartawan selepas perlawanan berakhir, Pochettino mengenal pasti beberapa kesilapan sebagai punca Barcelona berjaya mengawal tempo permainan dan Messi yang memiliki ruang yang sangat banyak.

“Untuk melepaskan gol seawal dalam perlawanan tadi, ia telah menghancurkan perancangan kami.”

“Pemain saya berada dalam kesusahan kerana permulaan yang buruk. Tetapi pada separuh masa kedua, saya berasa bangga dengan usaha yang ditunjukkan pemain-pemain saya.”

Messi mudah dan tenang menjaringkan gol ke-3 Barcelona

Messi yang dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan, telah mempamerkan persembahan individu antara yang terhebat pernah disaksikan peminat bola sepak. Beliau berjaya menjaringkan dua gol disamping memainkan peranan penting dalam gol Barcelona yang lain. Beliau juga tidak bernasib baik kerana dua percubaannya pada awal babak kedua sekadar singgah di tiang gol.

Ia merupakan persembahan terbaik Messi musim ini tetapi Pochettino tetap gembira dengan cara pemainnya mengawal pergerakan Messi pada separuh masa pertama. Pochettino juga mengakui sukar untuk pemainnya mengawal Messi selepas perlawanan memasuki babak kedua.

“Untuk 45 minit yang pertama, kami langsung tidak memberikan peluang kepada Messi. Tetapi sudah tentu apabila anda ketinggalan 2-0 di belakang, anda akan meninggalkan ruang yang banyak kerana anda perlu menyerang.”

“Amat sukar sebenarnya untuk menyekat pemain macam Messi. Jika anda tonton perlawanan tadi, berapa percubaa Messi dapat pada babak pertama ? Satu pon takde.”

Orang ke kambing Messi tu ?

“Sudah tentu Messi merupakan pemain terbaik dunia dan tambah memburukkan keadaa, kami melepaskan gol pada minit pertama.”

“Sebab itulah, saya menganggap pemain saya seperti ‘hero’ kerana hampir mengikat pasukan yang dibarisi pemain seperti Messi, Luis Suarez dan Coutinho.”

BACA:  Messi Dan Ronaldo Saling Memuji Dan Mahu Beraksi Bersama