Pochettino Jadi Sasaran Real Madrid Untuk Ganti Tempat Zidane

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino dilaporkan menjadi sasaran Real Madrid untuk menggantikan tempat Zinedine Zidane yang baru meletakkan jawatannya di Santiago Bernabeu semalam.

Menurut sumber Sky Sports News, Real Madrid melihat Pochettino sebagai calon pilihan untuk mengisi peranan yang diisi dengan sangat baik oleh Zidane sepanjang 4 musim yang terakhir ini.

Calon PM Malaysia yang seterusnya

Real Madrid masih belum melakukan sebarang perbincangan dengan pihak Pochettino yang baru sahaja menandatangani kontrak baru selama 5 tahun minggu lepas untuk terus kekal di White Hart Lane.

Walaubagaimanapun, menurut sumber itu lagi, kontrak baru yang telah ditandatangani Pochettino tidak memiliki sebarang klausa pelepasan dan bakal menyukarkan minat Real Madrid untuk mendapaktan khidmat pengurus terbabit.

Ini bermakna Real Madrid perlu mengadakan perbincangan dengan pengerusi Tottenham, Daniel Levy bagi menentukan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada Spurs.

Jumlah tersebut sudah tentunya akan melambung tinggi memandangkan Levy terkenal sebagai perunding yang agak ‘tough’, seperti pernah kita lihat ketika beliau menjual Luka Modrid dan Gareth Bale sebelum ini.

Semua peminat bolasepak terkesima dengan tindakan mengejut Zidane

Dalam perkembangan terbaru di Madrid, Zinedine Zidane memanggil para pemberita dalam satu sidang media tergempar semalam bagi mengumumkan niatnya untuk meletakkan jawatan.

Keputusan mengejut ini hadir kurang seminggu selepas mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut dengan menewaskan Liverpool 3-1 dalam aksi final.

Ia merupakan kali ke-13 Real Madrid muncul juara Eropah dan Zidane turut muncul jurulatih pertama memenangi pertandingan tersebut buat kali ke-3 berturut-turut.

Zidane berkata Real Madrid memerlukan ‘suara baru’ dalam bilik persalinan tetapi menafikan tindakan yang beliau ambil ini dipengaruhi oleh mana-mana pemain dalam pasukan.

Gareth Bale muncul wira Los Blancos ketika menentang Liverpool dengan menjaringkan dua gol.

Walaubagaimanapun, selepas tamat permainan, Bale berkata beliau tidak gembira sering diletakkan di bangku simpanan musim ini dan mahu menilai kembali masa depannya di Real Madrid.

Selain Bale, Cristiano Ronaldo turut mengeluarkan kenyataan seperti mahu meninggalkan Real Madrid kerana mahu mencari cabaran baru selepas berjaya memenangi kesemua trofi yang beliau kehendaki selama ini.

Menurut penganalisa bolasepak Skysports Guillem Balague, Real Madrid sudah lama menyasarkan Pochettino untuk menjadi pengurus Real Madrid yang seterusnya sekiranya Zidane mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan tersebut.

Wenger bersedia membantu Real Madrid memenangi UCL buat kali ke-4 berturut-turut. 4 dan Wenger berpisah tiada

Selain Pochettino, bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger juga dilaporkan berada dalam senarai yang akan dipertimbangkan untuk mengisi kerusi panas tersebut.

Wenger sebelum ini pernah berkata beliau beberapa kali menolak pelawaan Real Madrid kerana kesetiaannya kepada Arsenal.

“Wenger pernah menolak Real Madrid sebelum ini, tetapi sekarang beliau tidak mempunyai sebarang kerja.” Ujar Balague ketika diminta mengulas situasi pengurus Real Madrid.

“Anda boleh lihat dengan jelas minat yang ditunjukkan oleh Real Madrid terhadap Pochettino. Beliau merupakan jenis pengurus yang Real Madrid mahu lihat menguruskan skuad mereka.”

BACA:  Unai Emery Dilantik Menjadi Pengurus Arsenal Yang Baru