Pochettino: Piala FA Sahaja Tidak Akan Bawa Tottenham Ke Mana-Mana

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino mendakwa Tottenham tidak akan menjadi pasukan yang lebih baik dengan hanya memenangi Piala FA sahaja.

Tottenham akan bertemu Manchester United dalam pusingan separuh akhir Piala FA yang bakal berlangsung di Wembley hujung minggu ini.

Spurs tak akan kemana-mana walaupun selepas memenangi Piala FA

Kedua-dua pasukan dilihat terdesak untuk memenangi kejohanan tersebut kerana masing-masing tidak memenangi sebarang trofi musim ini.

Sekiranya Spurs mampu menyingkirkan United Ahad ini, mereka bakal membuat penampilan pertama dalam perlawanan akhir domestik sejak tahun 2015.

Kali terakhir Spurs memenangi trofi adalah 10 tahun yang lalu ketika mereka menjulang trofi Piala EFL 2008 selepas menewaskan Chelsea 2-1 dalam perlawanan akhir. Pengurus Spurs ketika itu, Juande Ramos berjaya membimbing Spurs memenangi trofi selepas sekian lama hasil jaringan Dimitar Berbatov dan Jonathan Woodgate.

Walaubagaimanapun, Pochettino mengakui Spurs perlu memenangi kejohanan besar seperti Liga Juara-Juara atau Liga Perdana Inggeris bagi mengubah persepsi umum terhadap mereka.

10 tahun yang lalu. Kali terakhir Spurs memegang trofi

“Saya berani berjanji kelab ini tidak akan berubah dengan hanya memenangi Piala FA atau Piala Liga sahaja. Kami gembira untuk menambah trofi tersebut dalam koleksi kelab ini tetapi apa yang mampu membawa kelab ini ke tahap yang lebih tinggi adalah Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara.”

“Dua trofi tersebut pasti akan menaikkan status kelab anda. Di England, banyak pihak suka bercakap mengenai persepsi dan bagaimana untuk menukar persepsi umum terhadap kelab ini.”

“Kami mengharungi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini dengan baik. Kami berjaya menewaskan Borussia Dortmund, Real Madrid dan dalam peringkat kalah mati, kami bersaing sengit dengan Juventus.”

“Seluruh dunia mula memandang tinggi terhadap Spurs selepas melihat persembahan kami dalam kejohanan tersebut. Tetapi apa yang lebih penting adalah kami perlu berusaha keras untuk menjadi pasukan yang lebih baik.”

Bekas pengurus Southampton itu turut percaya revolusi yang sedang berlaku di White Hart Lane sejak ketibaan beliau mampu meningkatkan peluang Spurs untuk menandatangani pemain yang lebih bagus pada masa hadapan.

Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris sasaran utama Poket Tino

“Kami sedang cuba untuk meningkatkan status kelab ini. Kelab adalah perkara paling penting di sini. Anda tidak perlu bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah atau Europa League untuk menarik pemain menyertai pasukan anda.”

“Jika mereka mahu bermain untuk Tottenham Hotspurs, mereka akan tetap datang ke sini tanpa memikirkan sama ada kami berada dalam Liga Juara-Juara atau tidak.”

“Jika anda bermain untuk Tottenham, anda perlu bekerja keras untuk meletakkan kelab ini di tempat yang sepatutnya. Untuk mencapai perkara tersebut, kami perlu bekerja keras dan berusaha setiap musim bagi memastikan kelab ini kekal kompetitif dalam liga ini.”

BACA:  United Cipta Kebangkitan Sensasi, Kota Manchester Kembali Merah