Pochettino: Saya Bukan Ahli Silap Mata Yang Anda Cari Untuk Memenangi Trofi Bersama Spurs

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochetino mendakwa beliau tidak mempunyai sumber yang cukup untuk membimbing kelab tersebut memenangi trofi.

Tottenham tewas 2 perlawanan berturut-turut dan semakin jauh ditinggalkan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas tumpas di tangan Burnley dan Chelsea. Mereka juga turut tersingkir dari 2 kejohanan domestik iaitu Piala FA dan Piala Carabao sebelum ini.

Pochettino: Aku bukan superman

Pochettino percaya beliau tidak sepatutnya dibandingkan dengan pengurus yang mempunyai dana yang besar untuk membeli pemain berkualiti. Sebaliknya, pengurus berasal dari Argentina itu menggesa pihak di luar sana supaya membandingkan pencapaian beliau dengan pengurus yang mempunyai perbelanjaan yang sama dengannya.

“Sekiranya pengerusi Spurs,  Daniel Levy berkata kepada saya kami perlu memenangi piala, Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan, mungkin saya akan beritahu beliau untuk mencari ahli silap mata lain yang mampu melakukannya.”

“Ini kerana keadaan Spurs tidak akan berubah selagi kami tidak mengubah cara kami beroperasi sekarang.”

“Adakah kami mampu bersaing ? Ya. Adakah kami mampu mencabar kelab-kelab lain? Ya. Adakah kami mampu menjadi kompetitif ? Sudah tentu. Tetapi anda tidak boleh berkata yang kami perlu memenangi sesuatu jika kami tidak mempunyai ‘alat’ yang sama seperti pasukan lain.”

Arsene Wenger melalui tahun-tahun awal yang penuh berliku selepas berpindah ke Emirates

Walaupun Spurs hampir pasti akan menamatkan musim ini tanpa memenangi sebarang trofi, Pochettino masih lagi dijangka akan mengemudi pasukan tersebut untuk beraksi di stadium baru mereka yang bakal siap musim hadapan.

Pochettino berkata objektik utama pasukan adalah untuk beraksi di stadium baru dengan layak ke Liga Juara-Juara Eropah, dari memenangi trofi.

Spurs dijangka akan melalui fasa peralihan yang sama seperti yang pernah dilalui jiran tetangga mereka, Arsenal. Seteru utama Spurs itu berpindah ke Emirates Stadium pada tahun 2006 dan terpaksa melepaskan beberapa pemain utama untuk membantu kewangan kelab tersebut.

Pochettino walaubagaimanapun menaruh harapan beliau tidak akan melalui pengalaman yang sama seperti yang pernah dilalui Arsene Wenger pada masa lepas.

“Saya harap perkara seperti itu tidak akan berlaku di Tottenham. Saya tidak tahu mengapa ia boleh berlaku di Arsenal. Agak sukar untuk mengetahui apa yang benar-benar berlaku di sana.”

Adakah cita-cita Kane telah berubah ? Adakah beliau kini bermimpi untuk bermain dengan Real Madrid ?

“Memang kami melaui situasi yang sama tetapi saya tidak mempunyai semua jawapan. Saya bukan pemilik kelab ini. saya tidak tahu rancangan bisness kelab ini untuk masa hadapan tetapi apa yang sedang kami lakukan sekarang adalah fantastik.”

“Cita-cita pemain kami juga turut berubah. Setiap musim ia akan berubah. Sasaran, cabaran, semuanya berubah-rubah. Cita-cita Heung-Min Son juga telah berubah sejak beliau tiba di kelab ini, sama seperti Harry Kane.”

BACA:  Kecewa Dengan Kualiti Padang Wembley, Eriksen Tidak Sabar Untuk Bermain Di Stadium Baru Spurs