Podium Kejuaraan Di Anfield Dituduh Bukti Liverpool Syok Sendiri

Telah tular satu gambar di mana podium EPL diletakkan di Anfield dengan trofi Liga Perdana Inggeris sekali.

Adakah ianya bukti nyata bahawa seluruh England mahu Liverpool juara seperti didakwa Pep Guardiola?

Ataupun adakah ianya kerana syok sendiri sebab terlalu yakin akan juara EPL musim ini?

Sebenarnya, podium untuk menjulang EPL akan diletakkan di kesemua stadium yang ada pasukan masih bersaing kejuaraan liga.

Misalnya musim sebelum ini, pada 2018/19, Liverpool dan Man City bersaing sehingga ke hari terakhir, maka podium akan diletakkan di kedua dua stadium yang terlibat.

Ini kerana EPL akan terus mengadakan penyerahan trofi kepada juara.

Dai musim lalu, oleh kerana Manchester United terlalu jauh daripada Man City, makan podium tu tak perlulah diletakkan di tempat perlawanan Manchester United pada hari terakhir.

Bagaimana dengan piala?

Piala sebenar akan diletakkan di tempat pasukan pendahulu persaingan. Dalam kes ini, piala yang dekat Liverpool itu cuma replika.

Dan jika / just in case, Liverpool juara, piala replika itu akan dijulang dan piala sebenar akan diserahkan pada hari berikutnya.

Namun piala replika itu masih piala EPL yang sah. Kerana selepas juara bertahan menyerahkan piala sebenar pada musim baharu, piala replika itu akan disimpan di kabinet.

Jadi, urusan membina podium dan menyediakan piala di Anfield dan Etihad adalah tanggungjawab Premier League.

Maka kenyataan yang menyatakan bahawa Liverpool yang syok sendiri buat platform dan rehearsal adalah tidak valid.

Kita faham, kekadang ada yang tidak cakna tentang perkara ini, kerana pasukan mereka sudah terlalu lama tidak terlibat dalam situasi seperti ini. Ya, mereka lupa la tu.

Perkara yang sama pernah berlaku ketika Man United terciduk pada momen Aguero dahulu. Di mana podium senang pasang ini sudah disediakan di kedua dua tempat.

Kekadang media ni memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu penyokong itu terhibur ye tak?

Masa ni la nak cerita tentang treble yang sebenar kan?

Penyokong Liverpool Kena Scam Rai Gol Ketiga Villa Yang Tak Wujud

Penyokong Liverpool bukan hanya kecewa kerana melihat Man City muncul juara, namun mereka turut sedih dan berduka kerana tertipu dengan gol palsu.

Salah seorang penyokong Liverpool berjaya memperdaya kesemua yang ada di Anfield, selepas beliau memberitahu bahawa Aston Villa sudah mengikat Man City 3-3.

Sebaik beliau menyebarkan berita palsu itu, seluruh stadium bersorak bagai tiada hari esok kerana merasakan yang skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan berjaya menjulang gelaran Premier League musim ini.

Jelas sekali terlalu banyak tekanan dan drama pada hari terakhir saingan Premier League musim ini, terutama sekali melibatkan perebutan kejuaraan.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu berjaya melakukan comeback yang sangat dramatik selepas mereka cemerlang menjaringkan tiga gol dalam tempoh enam minit untuk menewaskan Villa 3-2.

Pasukan pelawat sebenarnya telah berjaya menggembirakan para penyokong Liverpool selepas mereka mendahului The Citizens dengan keputusan 2-0.

Gol awal jaringan Matty Cash dan gol kedua Villa yang dijaringkan oleh Philippe Coutinho pada minit ke-69 permainan sudah cukup untuk memberi harapan kepada kem Liverpool.

Walau bagaimanapun dua gol jaringan pemain gantian, IIkay Gundogan dan satu gol jaringan dari Rodri telah meletakkan penyokong Liverpool dalam keadaan sangat tertekan.

Tambahan pula Liverpool sendiri pada ketika itu masih lagi terikat 1-1 bertemu Wolverhampton Wanderers dan jentera serangan mereka nampak kaku memburu gol pendahuluan.

Keputusan seri di Etihad sudah cukup untuk memastikan Liverpool muncul juara selepas skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya memperoleh gol pendahuluan menerusi Mohamed Salah.

Dengan tiba-tiba para penyokong bersorak bagai tiada hari esok kerana ada antara mereka yang menyebarkan berita bahawa Aston Villa sudah berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Bukan hanya penyokong, para pemain di bangku simpanan turut sama bersorak kerana mereka juga percaya yang Villa sudah mengikat kedudukan 3-3.

Walau bagaimanapun, ketika penyokong lain menyemak telefon bimbit masing-masing, gol yang dimaksudkan tidak masuk dalam pemberitahuan.

Jelas sekali sorakan itu terhenti dengan ramai dari mereka dilihat masih bingung memikirkan apa sebenarnya yang berlaku.

Bayangkan saja bagaimana perasaan pemain atas padang yang terpedaya dengan sorakan itu dan sempat berfikir yang mereka ketika itu bakal menjuarai saingan Premier League.

Para penyokong yang menonton di rumah turut menukar siaran menyaksikan aksi perlawanan antara Man City bertemu Aston Villa hanya kerana mahu mengesahkan situasi sebenar.

Tiada tambahan jaringan atau penalti atau apa-apa situasi menarik pun yang berlaku di Etihad sebenarnya, melainkan penyokong Liverpool sendiri terpedaya dengan gol palsu itu.

Kerana itulah cadangan membawa masuk radio ke stadium merupakan cadangan terbaik kerana tidak akan ada kekeliruan sama sekali andai keputusan itu didengar sendiri secara langsung.

Korang sendiri yang tengok siaran langsung dan tiba-tiba melihat penyokong bersorak mesti percaya Villa jaringkan gol penyamaan kan? Padan muka kena tipu.

Jelas sekali penyokong tersebut bakal dipijak secara berjemaah kerana beliau bukan hanya menipu manusia di sekitarnya, tapi beliau sebenarnya sudah memain-mainkan hati dan perasaan seluruh kem Liverpool.

Dari pemain atas padang, jurulatih, pemain simpanan, penyokong di stadium, penyokong di rumah semuanya tertipu dengan gol palsu itu.

Manchester City berjaya menjulang gelaran Premier League keempat mereka dalam tempoh lima tahun terakhir ini dan ia jelas sekali satu pencapaian yang sungguh menakjubkan.

Ketika Villa mendahului 2-0, para penyokong Liverpool sudah ada yang menempah baju Juara musim 2021/22 kerana merasakan City tak mungkin akan mampu mencari tiga gol dengan baki 20 minit.

Lebih manis lagi mereka turut meraikan kejayaan Coutinho menjaringkan gol kedua Villa dan merasakan bintang Brazil itu melakukan hal tersebut kerana beliau masih sayangkan bekas kelabnya.

Harapan Liverpool mahu memenangi gelaran quadruple turut terkubur selepas mereka terlepas gelaran Premier League musim ini.

Drama minggu ini bukan hanya untuk kedudukan teratas saingan liga, namun ia turut berlaku di zon penyingkiran dan juga untuk pasukan yang merebut slot ke saingan Europa League.

Penyokong Manchester United yang sibuk menonton drama Liverpool dan City turut terkejut mereka layak ke saingan Europa League walau tewas 1-0 di tangan Crystal Palace.

Setan merah berjaya ke saingan Europa League selepas West Ham United tewas di tangan Brighton seterusnya menggagalkan usaha anak-anak buah David Moyes itu untuk memintas Man Utd di kedudukan keenam.

Leeds United sementara itu berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan permainan untuk menewaskan Brentford 2-1.

Jack Harrison menjaringkan gol pada minit ke-94 permainan untuk memastikan Leeds United berjaya mengelak dari tersingkir dan kekal dalam saingan Premier League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jurgen Klopp Mengaku Terpaksa Menjilat Ludah Sendiri Dan Memberi Sebabnya