Pogba Akan ke Arsenal?

Satu khabar angin kencang bertiup di England mengatakan bahawa pasukan Arsenal berminat untuk membawa Pogba ke Emirates pada musim hadapan. Florenti Pogba yang kini bermain untuk kelab Perancis, St. Etienne dikatakan menjadi pilihan Arsene Wenger, untuk membantu memperkuatkan lagi benteng pertahanan pasukan meriam tersebut.

Pogba mula bermain bersama St. Etienne pada tahun 2013 dan dia hanya mampu memecah masuk ke kesebelasan utama hanya setahun kemudian. Pada tahun 2015, Pogba mengalami kecederaan jangka masa panjang dan secara totalnya, dia telah membuat lebih 60 penampilan bersama kelab Perancis ini.

Florentin dan adiknya, Paul.

Antara perkara yang menarik minat Wenger untuk mengambil pemain ini ialah fizikalnya yang sesuai untuk bermain di Liga Inggeris, di samping mahu bertukar kepada taktikal 3 pertahanan pada musim depan, dengan Mertesacker dan Koscielny bakal digandingkan dengan abang kepada pemain termahal dunia ini.

Berita ini boleh dikatakan hampir pasti berlaku memandangkan syarikat judi di England telah memotong jangkaan Pogba bakal ke Arsenal daripada 7/1 kepada 4/1.

Amat menarik untuk saksikan adik beradik Pogba beraksi di pentas yang sama, cuma satu persoalannya ialah, musim depan Wenger ada lagi ke?

Sumber berita : The Sun

Baca Juga

Baca Juga