Pogba Cipta Gelaran Baru Buat Griezmann Kerana Prestasi Luar Biasanya

Pemain Perancis yang terpinggir kerana kecederaan, Paul Pogba telah memberikan gelaran baru kepada Antoine Griezmaan lantaran prestasi luar biasanya di sepanjang Piala Dunia 2022.

Antoine Griezmann yang baru menyelesaikan perpindahan tetap ke Atletico Madrid pada Oktober, telah memainkan peranan penting untuk Perancis dalam perjalanan ke final menentang Argentina.

Walaupun mengalami nasib malang di Barcelona, pengurus Perancis Didier Deschamps mengekalkan kepercayaan kepada Griezmann dan memulakannya dalam semua perlawanan kecuali satu perlawanan sahaja di Piala Dunia di Qatar.

Griezmann telah mencipta tiga bantuan gol dalam kejohanan itu setakat ini dan memberikan persembahan memukau serta mencuri tumpuan menentang pasukan England pada suku akhir Piala Dunia.

Penyerang Atletico Madrid berusia 31 tahun itu bermain selama 90 minit penuh menentang Maghribi ketika juara bertahan Piala Dunia Perancis memperoleh kemenangan 2-0 pada separuh akhir.

Pogba, yang terlepas Piala Dunia kerana kecederaan lutut, melayari Instagram pada hari Rabu untuk memuji Griezmann selepas Perancis menjulang tiket ke final.

Bekas pemain tengah Manchester United itu membandingkan rakan sepasukan Perancis, Griezmann dengan N’Golo Kante, yang juga terlepas Piala Dunia, dengan memberinya nama gelaran baru ‘GriezmannKante.’

Dengan bakat dan kerja keras, Griezman yang boleh beraksi sebagai Penyerang, Sayap , Pemain tengah menyerang telah mempamerkan bakat baru sebaga pemain tengah bertahan seperti N’Golo Kante.

Didier Deschamps nyata bangga dengan Griezmann yang telah membalas kepercayaan melebihi dari jangkaan dan lebih dari apa yang dimahukannya dari GriezmannKante.

Pengurus Perancis itu telah memuji Griezmann kerana cemerlang dalam peranan midfield hibridnya dan percaya pemenang Piala Dunia 2018 itu telah membuktikan mengapa dia adalah “pemain elit.”

Bercakap menjelang kemenangan Perancis ke atas Maghribi, dia berkata: “Ya, dia [Griezmann] mempunyai kejohanan yang hebat, tetapi kami memerlukan dia untuk menjadi sama baik [pada hari Rabu].”

“Dia jenis pemain yang benar-benar boleh merubah nasib pasukan kerana dia bekerja keras dan berbakat teknikal. Dia memainkan peranan yang sedikit berbeza dalam Piala Dunia ini, tetapi ia sangat sesuai untuknya.”

Didier Deschamps menyifatkan Griezmann seorang pemain yang boleh bermain pelbagai peranan dalam satu perlawanan mengikut situasi permainan.

“Dia suka bertahan sama seperti menyerang dan menjadi playmaker. Sudah tentu, tanggungjawab utamanya bukanlah memenangi bola; kaki kirinya sangat indah, dia mencipta peluang untuk orang lain.

“Dia seorang yang sentiasa memikirkan pasukan mengatasi segala-galanya. Dia sangat rajin, mungkin lebih daripada kebanyakan pemain.”

“Dia telah menjadi pemain elit selama 10 tahun sekarang. Sudah tentu, dia melalui masa yang mencabar seperti mana-mana pemain, tetapi dia sangat kuat dari segi mental.”

Griezmann dilabel sebagai pemain elit oleh Deschamps kerana pemain itu sentiasa memberikan yang terbaik dalam perlawanan penting dan mampu mengubah perlawanan.

“Seperti semua pemain bertaraf dunia, dia berada pada tahap terbaik dalam perlawanan terpenting.”

Contoh terbaik dapat dilihat dalam perlawanan menentang England, ketika Kylian Mbappe disebut-sebut sebagai ancaman dan berjaya disekat oleh Kyle Walker, Griezmann tampil menggalas peranan.

Dalam perlawanan suku akhir itu, Antoine Griezmann telah mencipta dua assist untuk jaringan pertama oleh Aurelien Tchouameni dan gol kedua oleh Olivier Giroud.

Pemenang kejuaraan Piala Dunia Perancis akan menentang Argentina pada hari Ahad dalam perlawanan akhir di Stadium Lusail, dengan sepak mula dijadualkan pada pukul 11 malam waktu Malaysia.

Pertembungan dua gergasi bola sepak ini telah dikatakan sebagai perlawanan akhir impian ramai yang pasti menyajikan hiburan tanpa henti.

Baca Juga

Baca Juga