Pogba Dedahkan Sebab Tidak Warnakan Dan Potong Rambut Penuh Bergaya Di Piala Dunia

Pemain skuad juara Piala Dunia 2018 Paul Pogba telah mendedahkan di laman Instagramnya kenapa beliau memilih tidak mewarnakan rambutnya dengan warna-warna kehidupan yang meriah seperti ketika bersama Manchester United.

Pemain tengah Manchester United itu bukan sahaja tidak mewarnakan rambut malah tidak memotong rambutnya dengan potongan yang aneh lagi mencapap seperti Setan pada pandangan mata yang melihat.

Pogba kembali menyertai Manchester United pada tahun 2016 selepas meluangkan masa selama 4 tahun bersama Juventus yang sarat dengan trofi.

SIla Pilih

Jose Mourinho meletakkan harapan yang tinggi terhadap Pogba dengan membelanjakan £89 juta untuk membawa Pogba kembali ke Old Trafford, rekod dunia pada masa itu.

Pogba yang kini berusia 25 tahun bakal memasuki musim ke-3 beliau di Old Trafford tetapi masih lagi gagal untuk mempamerkan prestasi yang konsisten, seperti yang pernah ditampilkannya di Serie A beberapa tahun lepas. Musim lalu menyaksikan Pogba diketepikan dari berada dalam kesebelasan utama untuk beberapa perlawanan penting kerana bergelut dengan masalah prestasi.

Walaupun bergelut di peringkat kelab, Pogba masih lagi mendapat kepercayaan penuh Didier Deschamps ketika menyarung jersi Perancis dan ia nyata membuahkan hasil apabila Pogba memainkan peranan penting membantu Les Blues menjulang trofi Piala Dunia buat kali ke-2 dalam sejarah.

Bekas pemain tengah Juventus itu masih lagi segar dengan kejayaan menjulang Piala Dunia 2018 bersama Perancis dua minggu lalu tampil menjelaskan kenapa rambutnya tidak dinodai.

Mana Paling padu?

Menjawab persoalan yang ditimbulkan peminatnya, ini jawapan Paul Pogba :

“Kerana akau mahu ketenangan dan hanya fokus kepada persembahan dan bukan pada paras rupa aku. Maka tiada sebab lain mereka akan kritik kecuali berkenaan bola sepak sahaja.

Pogba sebelum ini telah dikritik hebat oleh media dan pengulas sukan kerana penampilan rambutnya yang berwarna-warni dan potongan yang pelik seperti di kulum babi rambutnya.

https://twitter.com/utdreport/status/1023730412986806274

Garth Anthony Crooks bekas pemain veteran Inggeis yang pernah bermain bersama Stoke City, Tottenham Hotspur, Manchester United, West Bromwich Albion dan Charlton Athletic mengutuk keras pemain yang lebih gaya daripada aksi di padang.

“Aku takda masa nak buat gaya-gaya rambut pelik-pelik apatah lagi masa untuk menari. Apa aku buat adalah menikmati kerana pemain bola dapat melahirkan detik ajaib dengan bola di kakinya.” Ujar Crooks yang kini botak licin.

Umum sedia maklum mengenai kualiti yang dimiliki Pogba di atas padang tetapi bukan itu sahaja yang menjadikan beliau pemain yang hebat namun dek kerana prestasi terumbang ambingnya maka gaya rambut dan gaya hidupnya menjadi kritikan.

Mana Paling padu

Semasa di Juventus Pogba sudah lama melakukan pelbagai perkara dengan rambutnya seperti mencacah belang rimau bintang, note muzik dan perkataan dab temasuk simbol batman.

Nampaknya Pogba sudah insaf dan tidak lagi mahu membuka ruang dan peluang kepada pengkritik yang leka mengkritik kehidupan peribadinya berbanding aksinya di padang.

Baca Juga

Baca Juga