Paul Pogba yang terlepas 12 perlawanan kerana kecederaan hamstring telah kembali beraksi dengan bermula dari kesebelasan utama. Impak segera diberikan oleh Pogba dengan menjaringkan satu gol dan satu assist.
Manchester United kembali mencatatkan kemenangan dengan 4 jaringan selepas kembalinya Paul Pogba dan bukan itu sahaja, Romelu Lukaku sudah mula insaf dan sudah kembali pandai menjaringkan gol.
Namum ramai yang tidak tahu maksud sebenar disebalik keraian gol yang dilakukan Pogba apabila beliau menyilangkan kedua belah tangannya “crossed wrists” selepas berjaya menjaringkan gol ketiga perlawanan.
Paul Pogba telah mendedahkan motif dan maksud sebenar kenapa beliau menyilangkan tangan beliau selepas menjaringkan gol di laman Instagramnya dengan kapsyen yang berbunyi :
“Ketika aku sangat gembira sudah kembali, aku titipkan doa kepada mereka yang menderita serta sengsara kerana perhambaan di Libya. Semoga Allah bersama kamu dan semoga kekejaman ini akan tamat.”
Dalam pada itu, Paul Pogba juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong Manchester United yang tidak putus-putus memberi sokongan ketika beliau berehat panjang akibat kecederaan hamstring.
Pogba juga memanjat syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya beliau kini boleh kembali beraksi.
“Semoga dicucuri rahmat kepada mereka yang menyokong ketika aku dalam proses pemulihan dan buat semua peminat. Ini adalah untuk anda. Al Hamdullilah @manchesterunited @equipedefrance #heretocreate #equalgame.”
“Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah. Selawat atas Nabi, Muhammad Ya Rasullah, Ya Rasullah.”
Selepas berjaya menewaskan Newcastle United 4 gol tanpa balas, Pogba nyata tidak mampu menyembunyikan kegembiraannya ketika ditanya adakah beliau gembira dapat kembali?
“Sudah tentu, kami menang dan bawa pulang 3 mata, itu paling penting. Zlatan, aku dan Rojo kembali, kami sangat gembira.”
“Sangat menyakitkan hanya sekadar melihat dari tepi padang kerana kau nak sangat bantu pasukan tetapi tidak boleh kerana belum sembuh.”
Persembahan Paul Pogba juga menerima pujian daripada pengurus Setan Merah, Jose Mourinho :
“Paul Pogba berada dalam kelas berbeza.”
“Paul dan Nemanja Matic naik sama-sama ketika musim baru bermula dan mereka adalah enjin kepada pasukan.”