Pogba Juara Datang Lambat ke Latihan

Pemain tengah Manchester United, telah membocorkan rahsia dalam kain Manchester United menerusi satu termuramah bersama majalah FourFourTwo. Dalam temuramah tersebut, Lingard ditanya soalan-soalan yang kasual seperti siapa datang awal, siapa paling rajin dan siapa yang sokong Melaka United.

Berikut adalah soalan dan jawapan yang diberikan oleh pemain sambilan United ini.

Pemain paling bersungguh-sungguh ketika latihan – Ander Hererra

Dalam padang, Hererra selalu memberikan komitmen lebih daripada rakan-rakan yang lain, dan hasilnya dapat dilihat dalam perlawanan di mana dia sering turun naik padang bagaikan mempunyai tiga jantung.

Sebab dia paling bersungguh lah Gerrard hentak kaki dia tahun lepas. Ingat?

Pemain yang selalu paling awal – Henrikh Mkhitaryan

Setelah dibekukan oleh Mourinho pada awal musim, Mkhi telah bangkit dari tidur yang lena dan menjadi pilihan utama Mourinho dalam setiap perlawanan. Minggu lalu, Mourinho juga telah mengakui bahawa pemain yang tidak boleh digantikan ketika ini ialah Mkhi.

Juara datang awal dengan selamba lakukan scopion kick sambil pejam mata

Pemain yang selalu paling lambat – Paul Pogba

Satu jawapan yang cukup untuk meremukkan hati peminat pasukan di tangga keenam ini. Sudah lah lulusan akademi, dibeli pula dengan harga paling mahal di dunia, begini Pogba membalas jasa orang di sekelilingnya.

Patutlah prestasinya sekarang jatuh teruk musim lalu, kini mungkin dah insaf.

Aku? Lambat?

Juara nutmeg – Paul Pogba

Kalau dah jadi pemain paling mahal, takkan tak nak fancy, kan?

Hahhh kena nutmeg!

Pemain yang paling banyak pergi gym – Zlatan Ibrahimovic

Jawapan ini sangat lah tidak mengejutkan. Pada usia 35 tahun, Zlatan masih lagi gagah bermain di peringkat tertinggi dan menjaringkan banyak gol.

Rahsianya, Zlatan pandai menjaga fizikalnya dan faham apa yang diperlukan untuk kekal cergas. Malah, Zlatan juga mempunyai pakar fisiologinya sendiri.

Meskipun selalu ke gym, Zlatan tidak suka selfie di gym dan muat naik ke Instagram

Pemain yang terpaksa dipujuk berhenti berlatih – Antonio Valencia

Sekali tengok memang ada iras-iras askar – rambut pendek dan baju masuk dalam ala-ala K.Reuben. Valencia selalu melakukan latihan tambahan berbanding orang lain.

Cuba teka, K. reuben atau Valencia?

Pemain yang tak suka pass bola semasa training – Paul Pogba dan Ashley Young

Pogba tu tak peliklah sebab dia pemain paling mahal. Young ni mungkin dia nak pikat hati Papa Mou sebab tu dia gelecek bola sampai tiang gol pun dia ole.

Jangan harap nak aku pass!

Kaki tackle dalam training – Eric Bailly

Dalam tempoh 2 minggu selepas dia tiba di Manchester, Bailly memang selalu melakukan flying tackle, namun kebelakangan ini Bailly sudah insaf. Mungkin baru mendapat hidayah.

Contoh flying tackle

Siapa akan jadi jurulatih yang bagus – Michael Carrick dan Wayne Rooney

Carrick ni memang kita nampak bakat, pengetahuan dan kepimpinan dia sebagai pemain dan ketua. Begitu juga dengan Rooney, tambahan pula dia pernah bermain di banyak posisi pasti dia faham akan keperluan dan kehendak sesuatu posisi.

Tapi kalau tak faham juga mungkin dia boleh pergi meninggal.

Pandai Carrick dan Mendiang Rooney buat-buat candid.

Pemain paling laju – Marcus Rashford

Kalau dulu Valencia adalah pemain paling laju, namun kini gelaran raja pecut di Old Trafford dipegang Rashford. Pemain muda ini cukup laju sehinggakan digelar Pelesit Jalanan Manchester.

Sambil lari boleh gelak. Hebat kan?

Paling sukar untuk terima kekalahan – Zlatan Ibrahimovic

Zlatan ni memang kita tahu dia seorang yang mempunyai semangat kemenangan yang tinggi, dengan kata lain dia tidak suka kalah! Apabila kalah, maka Zlatan orang yang paling bengang sampaikan dia terpaksa diberi kata-kata hikmah supaya dapat bersabar. Dek sebab ini jugalah United sudah lama tidak kalah, takut kena sembelih dengan Bang Berahim.

Jangan bagi Zlatan marah!

Pasukan Futsal Pilihan Lingard

Blind – kerana dia mempunyai ketenganan

Pogba – Kawan baik. Tak kan tak nak pilih kan?

Hererra – Boleh diperguna untuk turun naik gelanggang

De Gea – Dahtu, takkan nak ambil Romero?

Tapi nampak sangat Lingard ni tak bagus sampai dia sendiri tak pilih diri sendiri. Mental koyak teruk ni. Terpaksa lah Pogba dab dengan Blind nanti kalau ada gol. Kalau ada la.

Video penuh temuramah Lingard seperti di bawah:

Baca Juga

Baca Juga