Pogba: Kami Akan Kejar Manchester City

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba memberi amaran kepada Manchester City yang mereka tidak akan mengalah dalam misi United merangkul Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pogba memberitahu United kini bersemangat selepas memotong kelebihan mata yang dimiliki City ke atas United menjadi 12 mata.

12 mata sekejap je United kejar

Sebelum perlawanan hujung minggu lalu, jurang perbezaan adalah 15 mata tetapi berjaya dikurangkan selepas City tewas ditangan Liverpool dan United menang mudah ke atas Stoke City awal pagi tadi.

Dalam perlawanan United-Stoke, Pogba berjaya menampilkan persembahan yang cukup cemerlang dengan memberikan dua assists untuk gol Anthony Martial dan Antonio Valencia pada separuh masa pertama. Romelu Lukaku melengkapkan malam gemilang United dengan jaringan ke-3, 18 minit sebelum perlawanan tamat.

Pogba telah dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan oleh Skysports. Ketika bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan, beliau berkata United akan terus berjuang untuk mengejar kedudukan Manchester City.

2 assists. Park the bus what ?

“Seperti semua ketahui, Manchester City masih lagi berada di hadapan kami dan mereka telah mengalami kekalahan pertama musim ini.”

“Kami akan berusaha untuk mengejar kedudukan mereka dan ianya bagus buat pasukan apabila City tewas. Tetapi kami hanya perlu berfikir mengenai kami sahaja dan terus memenangi perlawanan kerana kami banyak kehilangan mata sebelum ini.”

“Kami tidak memandang perkara lepas. Kami hanya menumpukan perhatian terhadap perlawanan kami yang seterusnya. Kami mahu mengejar City dan kembali mendapatkan mata yang telah banyak dicicirkan sebelum ini.”

“Kami hanya perlu fokus terhadap diri sendiri, mengekalkan kemenangan dan segalanya akan menjadi lebih baik.”

Lukaku lukamu jua

Manchester United dilaporkan menjadi pasukan pilihan untuk menandatangani Alexis Sanchez selepas jiran mereka, Manchester City tidak berminat lagi dengan harga yang dipinta Arsenal untuk Sanchez. Chelsea turut berminat dengan Sanchez dan bakal bersaing dengan United untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Chile ini.

Walaupun sedar dengan minat United terhadap Sanchez, Pogba tetap memuji sumbangan penyerang mereka, Romelu Lukaku dalam perlawanan tersebut. Lukaku sebelum ini dikritik  kerana gagal menunjukkan prestasi yang konsisten dan kurang menjaringkan gol kebelakangan ini.

“Apabila bermain dengan Lukaku, beliau selalu ada untuk menerima hantaran saya. Beliau adalah pemain yang mampu memegang bola apabila saya menghantar bola kepadanya. Kerana Lukaku, saya boleh melakukan larian ke dalam kotak penalti. Beliau adalah pemain yang mampu menjaringkan gol dan melakukan assists.”

BACA:  Paul Scholes: 'Mainlah Macam Tu Lawan Liverpool Nanti,Tengok Apa Jadi'