Pogba Memberi Jelingan Maut Kepada Mourinho

Paul Pogba sah meninggalkan Manchester United selepas membuat kepulangan kembali penuh sensasi enam tahun lalu dengan bayaran perpindahan yang bernilai 100 juta dari Juventus.

Sepanjang di Old Trafford sudah pasti pertelingkahan antara Paul Pogba dan Jose Mourinho merupakan satu peristiwa yang akan diingati oleh peminat.

Insiden jelingan maut Pogba kepada Jose Mourinho seperti mahu ajak bertumbuk telah menjadi bualan ramai satu ketika dahulu.

Bukti yang jelas betapa dinginnya hubungan pengurus Manchester United pada ketika itu, Jose Mourinho dan pemain tengah yang merupakan ikon rambut pelbagai rupa, Paul Pogba ketika sesi latihan jelas terpancar.

Paul Pogba kelihatan ceria bak suria pagi pada mulanya dan menyapa rakan sepasukan serta staf kejurulatihan, namun wajahnya terus bertukar bermuram durja selepas Mourinho mengucapkan sesuatu.

Terus keruh wajah Pogba yang jelas nampak tidak berpuas hati dan membalas apa yang diujarkan Mourinho.

Sebelum itu, Jose Mourinho mengesahkan Paul Pogba bukan lagi pemangku kapten pasukan tersebut tetapi menafikan laporan yang mengatakan berlaku pergaduhan di antara mereka berdua.

Sepanjang ketiadaan Antonio Valencia, Pogba telah memakai lilitan kapten Manchester United sebanyak tiga kali.

Walau bagaimanapun, berikutan keputusan seri menentang Wolves, Pogba telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap taktikal pasukan yang didakwanya terlalu defensif.

Kritikan Pogba secara terbuka itulah yang telah mencetuskan pergaduhannya dengan Mourinho yang terus melayannya dengan sangat teruk dan sering diketepikan.

Kemuncaknya adalah ketika menentang Liverpool lalu tewas dimana Mourinho langsung tidak memasukkan Pogba walaupun mereka bergelut untuk melakukan serangan.

Selepas Jose Mourinho dipecat Paul Pogba mencetuskan kontroversi apabila menyambut baik berita pemecatan Mourinho dengan memuat naik satu gambar di akaun Instagram beliau yang bertulis:

“Caption this.”

Hashtag #SetanMerahPowerNakMampos

Walau bagaimanapun, dengan cepat Pogba memadam status tersebut dari laman sosialnya. Namun keyboard warriors tidak pernah gagal menjalankan tugas. Status tersebut berjaya ditangkap layar oleh pengguna laman sosial dan perbuatan nakal Pogba tidak akan dilupakan selama-lamanya.

Pogba Dedah Kisah Pergaduhannya Dengan Mourinho

Pada tahun 2021, Paul Pogba telah membuat pendedahan eklusif mengenai persengketaannya dengan Jose Mourinho dan pada ketika itu beliau sangat menyanjung Ole Gunnar Solskjaer.

Paul Pogba tanpa berselindung telah mengecam kemampuan dan kemahiran Jose Mourinho dalam aspek mengendalikan manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Hubungan Paul Pogba dan Jose Mourinho mencapai tahap ketegangan maksimum suatu ketika dahulu ketika mereke bekerja bersama di Old Trafford.

Ketika Jose Mourinho menguruskan Manchester United bukan Paul Pogba sahaja yang tidak berlaga angin dengan pengurus dari Portugal itu.

Pemain Perancis itu tidak dapat menjelaskan kenapa Jose Mourinho tiba-tiba boleh membuat keputusan untuk tidak menyukai dirinya.

Paul Pogba mengakui pernah mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Mourinho dan tiba-tiba berubah begitu saja.

“Suatu ketika aku mempunyai hubungan yang hebat dengan Mourinho, semua orang tahu dan esoknya kau tak tahu apa jadi.”

“Itulah perkara pelik yang terjadi antara aku dan Mourinho yang aku tak mampu jelaskan kepada kau kerana aku tak tahu, jadi lagu tu la.”

Dan ditanya mengenai pergaduhan ini, Pogba menganggap itu satu perkara biasa dilakukan Mourinho.

“Aku tak tahu apa terjadi tapi aku yakin, Mourinho telah menyebut sesuatu yang menyebabkan orang bercakap, itulah Mourinho selalu lakukan.”

Pogba jelas sangat mengenali Mourinho yang sekadar menimbulkan isu lain bagi mengelakkan orang ramai berbicara tentang kekalahan Spurs.

“Kami menang dan Mourinho tewas dan Mourinho tak nak berbicara pasal permainan maka beliau bercakap pasal ayah orang lain dan itulah dilakukannya.”

“Semua orang kenal Mourinho dan apa dilakukan sangat Mourinho.”

BACA:  Kisah Brutal Mourinho, Ugut Turunkan Kitman Berbanding Carvalho