Pogba Pamer Aksi Midfield Berkelas Dunia Ketika Mendominasi Perlawanan Bertemu Portugal

Share on facebook
Share on twitter

Bintang Manchester United, Paul Pogba telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Portugal awal pagi tadi.

Beliau merupakan pemain paling bersinar ketika aksi terikat 2-2 pertemuan antara Juara Eropah bertemu Juara dunia itu.

Perancis telah turun berdepan dengan Portugal dalam aksi terakhir peringkat kumpulan awal pagi tadi, dan kesemua empat pasukan dari kumpulan F telah mempamerkan persaingan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Perancis berjaya mara ke pusingan kalah mati sebagai Juara kumpulan, dan akan bertemu dengan Switzerland di pusingan 16 terbaik nanti.

Namun walau sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 bertemu Portugal, nama Pogba menjadi sebut-sebutan para peminat di media sosial yang terpukau dengan persembahan berkelas dunia yang beliau pamerkan.

Bintang berusia 28 tahun itu berjaya mencatatkan assists untuk gol kedua Perancis yang berjaya dijaringkan oleh Karim Benzema.

Pogba berjaya melakukan lambungan dari tengah padang yang cukup cantik dan menakjubkan menemui Benzema yang melakukan larian masuk ke dalam kotak penalti.

Sekali lagi beliau berjaya melakukan hantaran jarak jauh yang cantik dan tepat, tidak dinafikan lagi vision yang Pogba miliki sungguh luar biasa menakjubkan.

Gol itu awalnya dinafikan oleh pengadil perlawanan kerana merasakan Benzema berada dalam kedudukan offiside, namun VAR tampil membantu dan mengesahkan jaringan tersebut.

Alan Shearer yang ketika itu mengulas perlawanan tersebut dari studio BBC Sport turut memuji kualiti hantaran dari Pogba dan menganggap ia merupakan hantaran yang sungguh menakjubkan.

“Hantaran yang sungguh cantik dari Paul Pogba.”

“Ketepatan hantaran itu, larian. Semuanya yang berkait sangat sempurna. Ruben Dias sangat perlahan ketika membuat turn, tapi penyudah Benzema juga sangat menarik.”

Pogba jelas mendominasi bahagian tengah padang dengan beliau paling banyak menghidupkan jentera serangan dan paling kerap membantu barisan pertahanan.

Kualiti hantaran beliau sepanjang perlawanan ini juga sungguh luar biasa menakjubkan dan beliau selayaknya dianggap pemain midfield terbaik sepanjang kejohanan Euro 2020 setakat ini.

Ketika awal perlawanan Pogba berjaya melakukan hantaran yang sangat cantik mencari Kylian Mbappe, namun sayangnya percubaan dari bintang PSG itu berjaya diselamatkan oleh Rui Patricio.

Kualiti setiap hantaran yang beliau lakukan dalam perlawanan ini selayaknya dipuji dan tidak dinafikan Pogba telah mempamerkan rentak permainan midfield berkelas dunia ketika bertemu Portugal awal pagi tadi.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu berjaya menyentuh bola sebanyak 104 kali, yang mana ia merupakan statistik tertinggi berbanding semua pemain lain di atas padang.

Sepanjang perlawanan ini juga, beliau berjaya mencipta statistik yang sangat gila dan jelas menunjukkan mengapa beliau dianggap midfield terhebat dunia ketika ini.

Pogba berjaya melakukan 96 hantaran tepat, 21 hantaran hantaran sempurna ke final third, sembilan long passes, 4 hantaran masuk ke kotak penalti, 3 through ball, 3 kali mencipta peluang, 2 percubaan besar, dan mencatatkan satu assists.

Ia jelas membuktikan Pogba sememangnya masterclasses midfield.

Aksi hebatnya di peringkat antarabangsa menimbulkan berjuta persoalan di kalangan peminat tentang mengapa Pogba tidak mempamerkan aksi yang sama ketika di peringkat kelab.

Manchester United bahkan sedang bersedia untuk menawarkan gaji yang sungguh luar biasa lumayan kepada Paul Pogba, berserta dengan lanjutan kontrak selama lima tahun.

Setan merah sanggup menawarkan tawaran yang gila itu hanya kerana mereka mahu memastikan Pogba bersetuju untuk kekal dan menagih khidmat pemain Perancis itu.

Pogba telah menunjukkan corak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan di kejohanan, Euro 2020 ini bersama skuad kebangsaan Perancis.

Seperti ketika beliau berjaya membantu Les Bleus menjuarai Piala Dunia pada tiga tahun lalu, kini masa depan Pogba sekali lagi menimbulkan pelbagai persoalan.

Selain soal masa depan, para peminat turut mempertikaikan tentang mengapa aksi beliau bersama skuad kebangsaan jauh lebih bagus berbanding ketika beliau di peringkat kelab.

Kontrak bintang berusia 28 tahun itu bersama Manchester United hanya berbaki setahun sahaja lagi, dan beliau sehingga kini, masih belum menandatangani perjanjian baru.

Beliau sering dikaitkan untuk bakal kembali sertai Juventus, selepas terdapat ura-ura yang mengatakan United dan The Old Lady mahu membuat pertukaran pemain yang melibatkan beliau dengan Cristiano Ronaldo.

Walau bagaimanapun, laporan terbaru dari UK mengesahkan yang Manchester United sedaya upaya akan memastikan Paul Pogba kekal di Old Trafford.

Menurut laporan tersebut, United bersedia menawarkan Pogba gaji bernilai £400,000 seminggu, untuk tempoh waktu selama lima tahun.

Semua itu dilakukan untuk memastikan Pogba berminat untuk menandatangani kontrak baru, dengan bergelar sebagai penerima gaji tertinggi dalam saingan premier league.

Laporan sama turut mendakwa yang bekas graduan akademi United itu ketika ini menerima pendapatan bernilai £290,000 seminggu, jadi kenaikkan yang ditawarkan kepadanya tersangatlah tinggi.

Setan merah sebelum ini bersungguh untuk menjual Paul Pogba, berbanding untuk menawarkan kontrak baru kepadanya.

Mereka turut menyasarkan Jack Grealish sebagai calon pengganti untuk menggantikan Paul Pogba selepas mereka berhasil menjual bintang Perancis itu.

Bintang Aston Villa itu kini merupakan pemain sasaran utama Manchester City, dan mengikut laporan sebelum ini, beliau awalnya telah dikaitkan dengan setan merah sebelum menandatangani lanjutan kontrak di Villa Park.

Namun selepas melihat kecemerlangan Pogba di pentas bola sepak antarabangsa, setan merah telah memberikan tawaran yang sukar untuk ditolak oleh Pogba dalam usaha mereka untuk terus mendapat khidmat bintang Perancis itu.

BACA:  Man Utd Bersedia Jadikan Pogba Penerima Gaji Tertinggi Dalam Saingan Premier League
Share on facebook
Share on twitter