Pogba Pemain Tengah Yang Paling Banyak Berjalan di Premier League

Paul Pogba menerima kritikan hebat dari segenap pihak berikutan persembahan buruk Manchester United sejak kebelakangan ini dimana mereka tewas 7 dari 9 perlawanan terdahulu.

pemain tengah sensasi itu dilaporkan akan meninggalkan Old Trafford sekiranya pasukan tersebut gagal meraih slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Namun begitu, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer masih percaya Pogba akan terus bersama pasukan tersebut musim hadapan.

Ole percaya Pogba kekal.

“Tahap kerjasama Pogba di atas padang semakin bertambah baik, ini menunjukkan beliau mempunyai keinginan untuk berjaya.” Ujar Solskjaer kepada Sky Sports.”

“Anda tidak boleh memberi sebarang jaminan dalam bola sepak, tetapi saya rasa Pogba akan terus kekal bersama kelab ini. Saya boleh beri jaminan kepada anda semua yang beliau betul-betul ingin berjaya di Manchester United.”

“Ya, saya boleh bagi jaminan – Tetapi dalam hidup, anda tidak boleh terlalu yakin. Buat masa sekarang, Pogba akan kekal di United.”

Real mu tunggu aku datang!

Pada awal kehadiran Ole Gunnar Solskjaer segalanya indah buat Pogba yang mempunyai perselisihan dengan Jose Mourinho yang ketika itu masih mengendalikan Setan Merah.

Namun segalanya berubah selepas Solksjaer dilantik sebagai pengurus tetap Manchester United, Pogba bermain buruk dan dikatakan antara punca 7 kekalahan dari 9 perlawanan.

Sejak menyertai Setan Merah prestasi Pogba agak turun naik, ketika menjadi beliaulah hero dan ketika tidak menjadi beliaulah Setannya.

Pogba telah menjaringkan 24 gol dalam 83 penampilan untuk United sejak kembali semula pada 2016 selepas bersama Juventus juga telah dinamakan dalam PFA Team of the Year.

Satu statistik terbaru mengenai Pogba telah dikeluarkan oleh OPTA menunjukkan peratusan larian yang dilakukan Pogba di Premier League.

Jumlah jarak larian yang dilakukan Pogba sepanjang musim ini adalah 322km dan dipecahkan mengikut jenis larian dan keputusannya sangat mengejutkan.

Bagi masa berjalan pula, Pogba adalah King bagi semua pemain tengah yang ada di Premier League. Seramai 79 pemain tengah bermain di Premier League termasuk Pogba.

Paul Pogba – Running Stat

Jarak – 322km dan berada di kedudukan 16 daripada 79 pemain tengah.

64% Masa Berjalan – Nombor 1 daripada 79 pemain tengah.
22% Masa Jogging – Nombor 78 daripada 79 pemain tengah.
7% Masa Larian perlahan – Nombor 66 daripada 79 pemain tengah.
2% Masa Larian Laju – Nombor 48 daripada 79 pemain tengah.
0.36% Masa Pecutan – Nombor 34 daripada 79 pemain tengah.

Statistik ini mungkin tidak termasuk aksi poco-poco Pogba ketika mahu membuat sepakan penalti.

Baca Juga

Baca Juga