Pogba: Penyokong Perancis ‘Demand’ Tinggi, Menang 10-0 Baru Puas Hati

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mempersoalkan tindakan penyokong Perancis yang membunyikan wisel terhadap pemain mereka sendiri sepanjang kempen Piala Dunia 2018 berlangsung.

Pogba berkata peminat tidak boleh berharap Perancis akan memenangi setiap perlawanan dengan jaringan 10-0 dan mendakwa peminat meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap skuad Perancis.

Apa kau ingat Perancis kena menang 10-0 setiap game baru puas hati ? Ujar Pogba yang kepanasan

Perancis masih lagi bergelut untuk mempamerkan prestasi sebenar yang menyaksikan mereka diletakkan sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia kali ini.

Walau bagaimanapun, Perancis masih lagi berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati dengan Argentina bakal menunggu mereka selepas ini.

Perancis berjaya mengutip 7 mata dari 3 perlawanan peringkat kumpulan untuk menduduki tangga teratas kumpulan C. Walaupun menghuni tangga teratas, nasib tidak menyebelahi mereka apabila terpaksa berhadapan skuad Argentina yang diketuai pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali, Lionel Messi.

Penyokong Perancis sudah tentu akan meletakkan harapan menggunung terhadap pasukan mereka menjelang pertemuan kalah mati tersebut.

Walau bagaimanapun, Pogba merayu kepada peminat Perancis yang terlalu berharap supaya menyedari kejayaan kadang kala tidak datang dengan bermain bola sepak yang ‘cantik’.

Rendahkan sikit expectation anda wahai peminat Perancis. Jangan jadi macam fans Jerman

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perancis diikat Denmark tanpa sebarang jaringan. Keputusan tersebut sudah cukup untuk melayakkan kedua-dua pasukan tersebut ke pusingan kalah mati.

“Saya tidak tahu apa yang penyokong benar-benar mahukan, adakah mereka mahu kami menang 5-0 atau 10-0 setiap kali bermain ? Perkara paling penting adalah kami berjaya layak ke pusingan seterusnya.”

“Kami mahu semua penyokong berdiri teguh di belakang pasukan. Peminat merupakan pemain ke-12 kami. Kami memerlukan penyokong, bukan pemerhati.”

“Saya tidak tahu sama ada ‘boos’ tadi datang dari penyokong Perancis. Mungkin peminat mahu  lebih banyak aksi.”

Perlawanan yang membosankan memandangkan kedua-dua pasukan mengamalkan pemanduan slow asalkan selamat sampai.

“Objektif utama kami adalah untuk menamatkan kumpulan di tangga teratas. Ia sepatutnya menjadi objektif utama setiap pihak.”

Walaupun demikian, pasangan Pogba di bahagian tengah, N’golo Kante tidak sependapat dengan Pogba dengan berkata ‘boos’ yang didengari pemain ketika perlawanan sedang berlangsung hanya kerana peminat mahu perlawanan menjadi lebih sengit.

“Kami semua tahu ia bakal menjadi perlawanan yang istimewa kerana keputusan seri sahaja sudah memadai untuk berada di tangga teratas.”

“Tempo perlawanan agak perlahan, sebab itulah permainan kami menjadi perlahan. Tetapi saya percaya pasukan ini mampu bermain dengan lebih baik, kami akan menjadi lebih baik untuk perlawanan seterusnya.”

“Ketika berada di atas padang, saya tidak rasa ‘boos’ tersebut ditujukan kepada pemain Perancis. Ia hanya disebabkan tempo perlawanan yang agak perlahan.”

Permainan Perancis setakat ini selepas berakhir peringkat kumpulan nyata membosankan tetapi mereka tahu bermain untuk menang dan mara sejauh mungkin.

Paul Pogba juga memerlukan masa dalam jadual yang padar bagi menyelenggara rambut untuk tatapan umum.a

BACA:  Pada 2015, Ronaldo Pilih 5 Pemain Yang Bakal Menggegar Dunia, Di Mana Mereka?