Pogba, Umtiti Dari Juara Piala Dunia b20 2013 Ke ‘Final’ Piala Dunia Sebenar

Pada 5 tahun lepas di Turki, Perancis telah menjadi juara dalam kejohanan Piala Dunia b20 selepas menewaskan Uruguay melalui penentuan sepakan penalti. Paul Pogba merupakan kapten pasukan dan menjadi pemain terbaik di kejohanan tersebut.

Perancis juara Piala Dunia b20 di Turki 2013

Perancis bermula agak perlahan dalam perlawanan peringkat kumpulan sebelum membuat kemaraan ke pusingan ke-2 dan seterusnya menjulang Piala Dunia b20.

  • Ghana (2-1) Kumpulan A
  • Amerika Syarikat (1-1) Kumpulan A
  • Sepanyol (0-1) Kumpulan A
  • Turki (4-1) Pusingan ke-2
  • Uzbekistan (4-0) Suku akhir
  • Ghana (2-1) Separuh Akhir
  • Uruguay (0-0, 4-1 pen) Akhir

Selepas kejohanan tersebut 4 pemain dari skuad itu berjaya tampil bersama skuad utama Perancis. Paul Pogba membuat 60 kemunculan, Samuel Umtiti (29/2 gol), Florian Thauvin (5) dan Kourt Zouma (2). Alfonso Areola juga berjaya mendapat panggilan tetapi masih belum membuat penampilan.

Umtiti dan Pobga adalah pemain utama Piala Dunia kali ini sementara Thauvin dan Areola juga tersenai dalam skuad ke Rusia. Berikut adalah posisi 5 pemain tersebut.

  • Alfonso Areola -Penjaga Gol
  • Samuel Umtiti -Pertahanan tengah
  • Kourt Zouma -Pertahanan tengah
  • Paul Pogba -Tengah
  • Florian Thauvin -Penyerang
Paul Pogba kapten Perancis dan pemain terbaik kejohanan Piala Dunia b20 2013

Sebelum kejohanan Piala Dunia b20 2013, Paul Pogba sudah menjadi pemain berprofil tinggi bersama Juventus. Meraih pencapaian terbaik dalam skuad tersebut dan seterusnya menjadi pemain termahal di dunia dalam perpindahan mega ke kelab asalnya Manchester United (89 juta Pound Sterling)

Samuel Umtiti juga menjadi pemain terkenal selepas berjaya menyertai Barcelona berikutan kecemerlanganya muncul 131 bersama Lyon. Pemain ini terus mendapat tempat sebagai pemain kesebelasan utama skuad catalan tersebut. Umtiti tidak tampil di perlawanan akhir Piala Dunia b20 2013 dan tempat beliau diambil alih oleh Mohammadau Naby-Sarr.

Florian Thauvin pula menjadi pemain muda mahal ketika perpindahan ke Newcastle United (13 Juta Pound Sterling) selepas kejohanan tersebut. Thauvin gagal menterjemahkan potensi besarnya sepanjang berada di kelab tersebut. Walau[pun dia menarik minat Juventus tetapi Newcastle meminjamkan dia ke Marseille dan seterusnya dibeli secara kekal.

Menjaringkan 22 gol dalam semua pertandingan pada musim 2017/18 bersama Marseille membolehkan dia dipanggil oleh Didier Deschamps ke Rusia. Thauvin mungkin menjadi penyerang utama Perancis menggantikan Olivier Giroud jika dia bermain dengan kelab lebih besar di eropah.

Bersama skuad gergasi Perancis Paris Saint Gemain, agak sukar untuk Areola mendapat tempat tetapi cukup untuk menjadi penjaga gol ke-3 Perancis. Walau bagaimanapun dia tetap menjadi pencabar kuat kepada Kevin Trapp penjaga gol no.1 pasukan dan berjaya mendapat 50 penampilan di Paris Saint Germain.

Selepas itu dia pinjamkan ke Villareal dan menampilkan aksi cermerlang dengan mencatat 15 clean sheet dalam 32 penampilan. Membantu kelab itu mengakhiri no.4 La Liga pada musim tersebut. Mula mendapat panggilan pada tahun 2015.

Zouma menjadi pemain terkenal ketika berusia 18 tahun tetapi hilang selepas cedera

Kourt Zouma menjadi pemain muda paling popular sebelum Umtiti. Dia telah membuat debut bersama skuad kebangsaan ketika berumur 18 tahun. Selepas kejohanan Piala Dunia b20, dia telah dibeli oleh Chelsea dengan harga 12 juta Pound Sterling.

Perkembangan kariernya bersama Chelsea agak mengagumkan, menjadi pemain utama dengan muncul 71 kali. Selepas mengalami kecederaan prestasinya tidak sebaik sebelumnya dan dipinjamkan ke Stoke City. Muncul 34 kali dengan kelab tersebut masih belum cukup untuk membantu tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu 2 pemain memilih untuk menyertai Gabon (Mario Lemima) dan Senegal (Yousuff Salaby) berbanding Perancis.

Daripada 21 pemain dalam skuad juara Piala Dunia b20 2013 itu, karier Pogba paling cemerlang. Menjadi bintang di kejohanan remaja, pemain utama Juventus, perpindahan mega ke Manchester United dan kini menjadi pemain utama dalam skuad yang akan bermain di perlawanan akhir piala dunia.

Adakah Pogba mampu mencapai semuanya di Final Piala Dunia 2018?

Ya! Mampu Pogba telah berjaya menjulang Piala Dunia yang sebenar.

Baca Juga

Baca Juga