Rakaman pihak polis menumbuk laju-laju seorang penyokong Manchester United yang melakukan rusuhan yang membawa kepada penangguhan perlawanan telah menjadi viral.
Penyokong Manchester United yang melakukan protes menentang pemilik kelab telah mengganggu perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool pada hari Ahad.
Dalam protes itu peminat berjaya memasuki dengan menceroboh padang Old Trafford. Seoak mula pada awalnya ditangguhkan sebelum permainan akhirnya dibatalkan.
Penunjuk perasaan juga bertempur dengan polis di luar Hotel Lowry Manchester dan di sinilah kejadian yang dikatakan berlaku antara seorang peminat dan seorang pegawai.
Protes secara aman akhirnya bertukar menjadi tegang diantara pihak polis dan perusuh sebelum seorang lelaki muda telah ditahan dalam satu aksi kejar mengejar.
Lelaki tersebut telah diheret oleh tiga anggota polis berhampiran van polis dan jelas kedengaran polis menjerit kepada pesalah itu supaya tidak melawan.
🚨 Police will investigate an incident in which an officer appeared to punch a member of the public, most probably a protesting Manchester United fan, outside the Lowry Hotel on Sunday #mufc #mujournal
[@TheAthleticUK] pic.twitter.com/xRwL99S2ET
— United Journal (@theutdjournal) May 3, 2021
Akhirnya tiga anggota polis itu berjaya merebahkan perusuh dan salah seorang polis itu telah melepaskan tumbukan laju-laju atau secara bertubi-tubi.
Malangnya insiden itu telah dirakam oleh mereka yang berada berhampiran dan sudah pasti disebarkan ke media sosial bagi memenuhi rukun pengguna internet.
Seorang anggota polis telah menghalau orang ramai yang berada disitu supaya berundur mungkin menyedari ada rakaman dilakukan.
Insan bertanggungjawab membuat rakaman ini segera berundur dengan membalas “Tak perlu sentuh aku, aku berundur.” sambil meneruskan rakaman.
📝| Police will investigate an incident in which an officer appeared to punch a member of the public, most probably a protesting Manchester United fan, outside the Lowry Hotel (The players hotel) on Sunday #MUFC [@TheAthleticUK] 👇
pic.twitter.com/X9VIMhmyaQ— UtdXclusive 🔰 (@UtdXclusive) May 3, 2021
Polis terus bertegas dengan memberi amaran, “Buat apa yang aku suruh.”.
Seorang saksi berada ditempat kejadian berkata:
“Kehadiran polis cukup ramai. Mereka mendesak para penunjuk perasaan kembali ke jalan utama untuk menghentikan mereka pergi ke Hotel Lowry di mana para pemain berada.”
“Semuanya berjalan lancar sehingga para peminat mengetahui permainannya dibatalkan, kemudian situasi bertukar menjadi buruk apabila mereka mula melawan polis.
“Perusuh mula melemparkan botol dan menyalakan suar serta bom asap.”
Kerana tertularnya video ini pihak polis akan menjalankan siasatan kerana tumbukan laju-laju yang dilepaskan itu.
#INCIDENT | Statement issued by GMP following today's protests at Old Trafford and The Lowry Hotel. Read the full statement here – https://t.co/QPPY8I6QnC pic.twitter.com/CXpJJ2sUOi
— Greater Manchester Police (@gmpolice) May 2, 2021
Polis Greater Manchester mengeluarkan kenyataan awal mengenai isu ini dan sedar akan kewujudan video itu.
“Kami menyedari video yang beredar di dalam talian mengenai seorang pegawai yang membuat tangkapan semasa tunjuk perasaan hari ini (2 Mei) berhampiran Hotel Lowry.
“Video itu menggambarkan pegawai menangkap seorang lelaki berusia 28 tahun kerana disyaki mencuri kenderaan bermotor dan melakukan kesalahan mengganggu ketenteraman awam. Dia kini dalam tahanan untuk disoal siasat.
#UPDATE| An investigation is on-going into the violent disorder surrounding protests at Old Trafford yesterday which saw a number of officers injured
See full statement here: https://t.co/BGrlu4WvnU pic.twitter.com/TxHTJFXt4g
— Greater Manchester Police (@gmpolice) May 3, 2021
“Cawangan Piawaian Profesional GMP (Greater Manchester Police) telah mengetahui video tersebut dan akan memeriksa rakaman dan semua bukti yang ada untuk memahami keadaan penuh di sekitar penangkapan itu.”
Dalam situasi yang tegang dan dengan kesalahan yang dilakukan serta melawan pihak polis ketika ditahan sudah pasti akan melibatkan kekerasan. Protes aman bertukar menjadi rusuhan.
Seramai enam anggota polis mengalami kecederaan dalam rusuhan itu di mana seorang telah mengalami keretakan di bahagian soket mata dan lain-lain kecederaan di muka dibaling bola dan tin.
Ada anggota polis cedera keranan telah diseret dan ditendang perusuh. Bila polis menumbuk sebab kau melawan terus kena siasat.