Polis Merseyside Memberi Respon Kepada Video Rakaman Salah Memandu Sambil Guna Telefon

Mohammed Salah telah memulakan kempen musim 2018/19 dengan begitu bergaya apabila menjaringkan gol selepas 20 minit permainan dalam usahanya membuktikan bahawa beliau bukanlah pemain ‘One Season Wonder’ apatah lagi perawan atau janda.

Pemain Liverpool dari Mesir ini telah memecahkan rekod jaringan terbanyak semusim di Premier League musim lalu telah menjaringkan gol pembukaan ketika Liverpool mudah membenam West Ham United 4 gol tidak berbalas.

Namun Salah kini mungkin berdepan dengan masalah selepas videonya yang memandu menggunakan telefon bimbit tersebar luas dan tular di media sosial selepas pulang dari perlawanan ahah lalu.

Dalam video itu menunjukkan Salah menggunakan telefon semasa memandu ketika dikejar dan dirakam oleh peminat yang mahukan tandatangan mungkin juga selfie barang sekeping dua.

Salah mungkin cuba untuk berlakon sibuk kerana tidak mahu melayan peminat dengan menurunkan tingkap keretanya dalam perjalanan pulang. Peminat meminta Salah membuka tingkap tetapi Salah tidak melayan kerana sedang memandu.

Lelaki yang merakam ini juga telah melabel Salah sebagai :

“Lelaki tak guna (Horrible man).”

Tindakan Salah memandu sambil menggunakan telefon bimbit ternyata salah dan mendapat perhatian Polis Merseyside dan telah mengeluarkan satu kicauan di laman Twitter mereka.

https://twitter.com/MerPolCC/status/1028982562939707397.

“Kami sedar bahawa sebuah video yang dipercayai seorang pemain bola sepak telah menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Oerkara ini telah dipanjangkan kepada jabatan berkaitan Terima kasih kerana melaporkan kepada kami.”

Buat masa ini belum dapat dipastikan samada polis akan mengambil tindakan ke atas Salah atau membuat siasatan lanjut. Kesalahan memandu sambil mengunakan telefon di UK akan menyebabkan di potong 6 mata KEJARA dan denda £200.

Nyata tindakan lelaki yang merakam serta melabel Salah sebagai lelaki tak guna tidak disenangi oleh peminat Liverpool yang lain :

Menyedihkan dan sukar dipercayai.

Mengejutkan. Salah baru habis game la setan.

Betul ke perangai peminat Liverpool macam ni?

Baca Juga

Baca Juga