Polis Tahan Bekas Pemain Bola Sepak Perak Terlibat Kes Samun

Pihak polis telah menahan seorang bekas pemain bola sepak Perak dan seorang lagi rakannya kerana dipercayai terlibat dalam beberapa aktiviti samun bersenjata sejak Februari lalu.

Penangkapan ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby yang mengeluatkan kenyataan bahawa bekas pemain berusia 32 tahun dan rakannya berumur 33 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam dua serbuan berasingan antara pukul 11.30 malam kelmarin dan 1 pagi semalam.

Memetik laporan akhbar Kosmo Online Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata :

“Kedua-dua suspek ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan samun di Jalan Kamaruddin Isa di sini 2 Februari lalu.”

“Dalam kejadian pada pukul 11.10 malam itu, mangsa didatangi dua lelaki sebelum mengacukan pisau dan mengugut supaya menyerahkan beg tangannya.”

“Mangsa mengalami kerugian wang tunai berjumlah RM1,340 dan dua telefon bimbit berserta dokumen pengenalan peribadi.”

Barangan dirampas polis.

“Polis merampas empat telefon bimbit, sebuah motosikal dan sebatang besi yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamun daripada suspek.”

“Mereka berdua kini direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Baca Juga

Baca Juga