Polisi Indonesia Nafi Ada Insiden Barbar Di Gelora Bung Karno

Satu kegilaan yang nyata daripada pihak Polis Indonesia apabila menafikan bahawa ada insiden barbar(kerusuhan) yang terjadi antara pihak polis dan penyokong bola sepak Indonesia selepas perlawanan menentang Malaysia di kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Kepolisian Daerah(Kabid Humas Polda)Metro Jaya, Kombes Argo Yuwono menafikan ada aksi kerusuhan atau barbar yang terjadi usai laga Stadion Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) dan apa yang terjadi hanyalah balingan air sahaja.

“Enggak ada [kerusuhan suporter bola di GBK], hanya lempar-lempar air saja,”

—–

“Tidak ada(rusuhan penyokong di GBK), hanya balingan air sahaja.”

Kabid Humas Polda yang bodoh ini juga menyatakan bahawa tiada tangkapan dilakukan dan tiada anggota polis terluka ketika bertugas dilokasi.

“Enggak ada [suporter yang diamankan atau polisi yang terluka],” klaimnya.

—–

“Tiada penyokong yang ditahan atau pihak polis yang terluka.”

Walaupun tiada yang terluka namun kita semua tahu hati mereka terluka teruk dan remuk apabila kalah di kaki Malaysia yang power.

Itulah penafian yang dilakukan oleh polis Indonesia sedangkan laporan dari CNNIdonesia melaporkan kekecohan terjadi antara pendukung Timnas Indonesia dengan petugas kepolisian selepas perlawanan.

Malah Tentera Negara Indonesia(TNI) juga dikerahkan untuk mengawal keadaan. Polis juga telah menembak gas air mata(gas pemedih mata) dari tempat VVIP ke arah pendukung yang berada di gate 1.

Mungkin inilah yang dikatakan sekadar lempar-lempar air di Indonesia. Nampak ganas tapi mungkin ini budaya mereka.

Biasanya kalau lempar-lempar air ni macam video dibawah.

Baca Juga

Baca Juga