P*ornHub Buang Kategori Germany Di Laman Sesawang Mereka

Sejurus selepas Jerman tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2018, laman sesawang orang dewasa, PornHub telah membuang Jerman daripada kategori laman sesawang mereka.

Aksi yang memedihkan lagi memalukan Jerman ini hasir selepas kekalahan mereka kepada Korea Selatan dalam perlawanan terakhir kumpulan F.

Gol Korea Selatan hadir pada masa kecederaan melalui Kim Young-Gwon dan Son Heung-Min yang nyata mengejutkan dunia bola sepak.

Kejuruteraan Jerman yang dibangga-banggakan mengalami masalah mekanikal kronik disebabkan Kimchi dan penjaga gol yang tersangat K-Pop gayanya.

Selepas Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia ini, Die Mantshaft tidak pernah tersingkir dari Piala Dunia diperingkat kumpulan sejak 1938.

Die Mantshaft secara ringkasnya membawa makna kerjasama secara berpasukan kini bolehlah ditukar kepada ‘Matilah kau’.

Kempen yang penuh mendukacitakan buat Joachim Low dan anak buah dengan berada di tangga tercorot kumpulan dibelakang Korea Selatan.

PornHub melalui laman Tweeter mereka telah mengeluarkan kenyataan akan membuang kategori Jerman.

“Kami akan membuang kategori Jerman dari PornHub ekoran penyingkiran yang sangat memalukan.”

Nampak gayanya kalah awal di Piala Dunia lebih memalukan dari aksi tanpa seurat benang.

Prestasi buruk Jerman ini mungkin disebabkan kegagalan Joachim Low untuk melakukan ritual wajib beliau ditepi padang iaitu korek-korek cium.

Baca Juga

Baca Juga