Portugal Ada Squad Depth Yang Gila Dan Perlu Move On Dari Ronaldo

Skuad kebangsaan Portugal telah disarankan untuk melupakan Cristiano Ronaldo dan move on dari pemain legenda hidup mereka itu kerana Portugal mempunyai squad depth yang sangat gila dan padu.

Melupakan Cristiano Ronaldo bukanlah bererti menendang terus pemain itu dari pasukan Portugal tetapi Portugal perlu membina pasukan tidak berasaskan Ronaldo lagi.

Peminat Portugal mula merasakan masa Cristiano Ronaldo sudah tiba dan tempat dikesebelasan utama sudah tidak ada buat pemain bintang itu bagi memberi laluan kepada pemain lain.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu jelas kelihatan sudah kehilangan kelajuannya ketika Portugal tewas kepada Sepanyol 1-0 dan terlepas peluang menjadi juara kumpulan untuk ke separuh akhir UEFA Nation League (UNL).

Ronaldo dicanang telah mengalami situasi sukar dalam karier dan mula melalui zaman kejatuhan apabila hanya menjaringkan satu gol sahaja setakat musim ini dan kehilangan tempat dikesebelasan utama bersama Manchester United.

Pada usia Ronaldo sebagai pemain bola sepak situasi ini sebenarnya normal, telah memasuki usia senja dan persaraan tidak banyak yang boleh ditagih dari Ronaldo lagi.

Prestasi sendu Ronaldo di kelab kerana terlepas latihan pra-musim terus dibawa ke pasukan Portugal dan memberi tekanan kepada Fernando Santos untuk membuat keputusan ketika Piala Dunia bakal berlangsung kurang dua bulan.

Ronaldo merupakan ketua pasukan Portugal dan penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam dunia bola sepak dengan 117 gol tetapi sudah tiba masanya untuk generasi baru mengambil alih kerana mereka mempunyai kualiti.

Bahagian serangan Portugal agak berkualiti namun tugas utama pemain pasukan Portugal adalah untuk memberi servis kepada Ronaldo dengan menyuap bola sebanyak mungkin untuk dijaringkan.

Namun diusia 37 tahun, Ronaldo tidak selincah seperti dulu dan hanya mampu beroperasi sebagai pemburu haram atau poacher sahaja ketika ini.

Situasi ini telah menghadkan peluang kepada Diogo Jota dan Rafael untuk bersinar di mana kedua-dua pemain ini pernah membantu Liverpool dan AC Milan menjadi juara liga.

Joao Felix masih lagi dalam proses untuk mencapai kemuncak dan Pedro Neto pula merupakan prospek masa depan yang patut diberikan peluang untuk berkembang.

Bernardo Silva juga telah membuktikan dirinya sebagai pemain berkelas dunia sejak menyertai Manchester City dan jangan dilupa kepada Renato Sanchez.

Pemain bahagian serangan Portugal ini tidaklah setajam Ronaldo di depan gol tetapi mereka mampu memberi keseimbangan dan mampu menggerakkan pasukan di padang.

Mereka mungkin tidak setajam Ronaldo kerana permainan Portugal hanya berpaksikan kepada Ronaldo sahaja.

Dibahagian tengah pula, Portugal tidak ketandusan pemain untuk menyuap bahagian serangan yang dijanakan oleh Bruno Fernandes, Ruben Neves dan juga William Carvalho.

Bruno Fernandes musim ini seakan sudah kembali mendapat sentuhannya dan Ruben Neves tenang seperti biasa yang berkemampuan melakukan hantaran sukar menjadi mudah.

William Carvalho pula hanya menunggu untuk menyapu bahaya yang hadir untuk membolehkan Fernandes dan Neves melakukan kerja mereka.

Matheus Nunes, Vitinha dan Joao Palhinha merupakan pemain sokongan dari bangku simpanan yang juga berkualiti dan mampu menembusi kesebelasan utama.

Gandingan full-back Joao Cancelo dan Nuno Mendes akan meropbek pertahanan lawan dengan larian overlapping dan hantaran silang yang bertali arus.

Ruben Dias adalah seorang yang hebat dalam pertahanan tengah dengan pemain veteran Danilo Pereira atau Pepa di sebelahnya. David Carmo dan Tiago Djalo sedang menunggu di mendapat peluang beraksi, mungkin bergandingan dengan Dias.

Rui Patricio telah menjadi penjaga gol nombor satu sejak 2010 dan sedang menikmati kebangkitan kerjaya bersama pemegang Liga Persidangan Europa, Roma dan Jose Sa sebagai gantian.

Kualiti yang ada pada pasukan Portugal cukup untuk mereka meneruskan kelansungan tanpa kehadiran Ronaldo dan mungkin menjadi lebih hebat tanpa Ronaldo.

Senarai Squad Depth Portugal:

Penjaga gol

Rui Patricio
Jose Sa
Costa
Lopes

Bek Kanan

Joao Cancelo
Diogo Dalot
Semedo
Cedric

Bek Tengah

Ruben Dias
Dialo
Duarte
Carmo

Bek Tengah

Danilo Pereira
Pepe
Fonte
Inacio

Bek Kiri

Mendes
Rui
Guerreiro
Sequeira

Tengah

Carvalho
Moutinho
Nunes
Maria

Tengah

Neves
Palhinha
Vitinha
Oliveira

Tengah

Bruno Fernanes
Renato Sanchez
Otavia
Guedes
Fabio Vieira

Sayap Kanan

Bernardo Silva
Diogo Jota
Horta
Trincao

Sayap Kiri

Joao Felix
Leao
Neto
Podence

Penyerang

Cristiano Ronaldo
Andre Silva
Ramos
Paulinho

BACA:  Sneijder - 'Aku Boleh Jadi Seperti Messi Atau Ronaldo, Tapi Aku Je Tak Nak'